Lebih 100 Juta Pengguna Yang Melanggan Spotify Premium Berbanding Apple Music

Penstriman muzik secara dalam talian kini menjadi revolusi baru kepada pendengar muzik di seluruh dunia. Walau pelbagai aplikasi yang menawarkan penstriman muzik, Spotify dan Apple Music tetap menjadi antara yang teratas dikalangan yang lain.

Laporan baru-baru ini mendapati bahawa Spotify adalah penstriman muzik yang pertama yang sudah mencecah jumlah pelanggan plan premium sehingga 100 juta secara global. Peningkatan ini dilihat meningkat sebanyak 32 peratus dari tahun ke tahun.

Tambahan lagi, Spotify juga dilaporkan mempunyai jumlah pengguna yang aktif sebanyak 217 juta secara global. Ia adalah satu batu lonjakan yang baik untuk revolusi penstriman muzik di dunia.

Walaupun di Amerika Syarikat (AS) Apple Music masih kukuh menjadi penstriman muzik pilihan dengan sebanyak 28 juta, Spotify tidak jauh ketinggalan dengan pelanggan plan premium sebanyak 26 juta. Dan ternyata Spotify jauh kehadapan jika di nilai pada peringkat global.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: