Kenali Jenis Pengecasan Pantas (Fast Charge) Pada Peranti Yang Ada Di Pasaran Sekarang

Pada yang masih tidak tahu, teknologi pada fon sekarang mempunyai pelbagai jenis pengecasan pantas dan dikhaskan kepada beberapa jenama.

Perkongsian saya kali ni adalah mengenai pengecasan pada fon. Mari kenali jenis pengecasan yang ada pada fon sekarang.

Power Delivery (PD)

Pengecasan jenis ni adalah pada kebanyakan peranti yang premium. Misalnya Macbook, iPhone 8 hingga iPhone Xs Max, Google Pixel, Nexus dan Nintendo Switch.

Sambungan wayar yang digunakan adalah jenis USB-C to USB-C. Manakala iPhone adalah USB-C to Lightning. Pengecasan PD mampu menyokong sehingga 29W.

Buat pengguna iPhone 8 ke atas, pengecasan jenis PD tidak disekalikan dalam kotak. Anda harus membeli secara berasingan. Selain jenama Apple, jenama lain juga turut boleh digunakan seperti Anker, Tronsmart dan Aukey.

Qualcomm Quick Charge ™ (PD)

QC mempunyai 4 jenis peringkat. Dari QC 1.0 hingga QC 4+ dan juga mempunyai kelajuan yang berbeza.

Pengecasan jenis QC juga hanya menyokong pada peranti yang mempunyai cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon sahaja. Namun ada juga yang bergantung pada pengecasan sendiri dan masih menyokong QC walaupun bergantung pada pengecasan jenis jenama sendiri.

OnePlus DASH Charge & WARP Charge

Walaupun OnePlus menggunakan Qualcomm Snapdragon, tapi OnePlus hanya menggunakan pengecasan sendiri.

Pengecasan ini adalah jenis DASH Charge. Yang bukan boleh suka-suka cas guna kabel atau power adapter biasa.

WARP Charge pula pengecasan adalah jenis pengecasan baru yang diperkenalkan oleh OnePlus terhadap model edisi khas mereka iaitu OnePlus 6T McLaren.

Menggunakan pengecasan 30W dan mampu mengecas dengan kepantasan 50% dalam masa 20 minit sahaja.

OPPO VOOC FlashCharge

Juga menggunakan jenis pengecasan sendiri. Antara jenis pengecasan yang paling pantas ada di pasaran buat masa sekarang.

Dengan kuasa power adapter sehingga 50W, ia mampu mengecas sesebuah peranti dengan sangat pantas. 5 minit = 22%!

HUAWEI SuperCharge

Seperti apa yang saya kongsikan tadi, HUAWEI tidak gunakan Snapdragon. Ia menggunakan cip pemprosesan HiSilicon Kirin.

Jadi jenis pengecasan tidak menyokong Quick Charge. Tapi jenis HUAWEI SuperCharge saja. Sokong sehingga 40W. Selain itu, ia juga menyokong pengecasan jenis Power Delivery.

Samsung Adaptive Fast Charging

Jenis pengecasan pantas dari Samsung sendiri. Pengecasan ini menyokong sehingga 18W.

Tambahan lagi, ia juga menyokong Qualcomm Quick Charge 2.0 walaupun Samsung menggunakan cip pemprosesan Exynos.



Motorola Turbo Power

Mempunyai 3 jenis Tubor Power. Iaitu Turbo Power 15 (15W), Turbo Power 25 (25W) dan Turbo Power 30 (30W).

Khas buat semua peranti Motorola sahaja. Selain itu, ia juga menyokong Qualcomm Quick Charge 2.0

MediaTek Pump Express

Mempunyai 2 jenis. Iaitu Pump Express 2.0+ (15W) dan Pump Express 3.0 (25W/30W).

Di implementasi sekali dengan keselamatan supaya tidak terlalu panas dan tidak merosakkan main board. Khas buat cipset MediaTek.Juga menyokong Qualcomm Quick Charge 2.0

OPPO Super VOOC

Pengecasan paling pantas didunia. Ia adalah OPPO Super VOOC dijana dengan kuasa sehingga 50W 10V 5A power adapter.

Pengecasan ini hadir bersama OPPO Find X Edisi Khas Lamborghini dan mampu mengecas penuh dari 0%-100% hanya dalam masa 35 minit sahaja!

Konklusinya, bukan semua jenis pengecasan sama dan boleh mengecas antara satu sama lain. Ada yang boleh dan ada yang memang khas.

Kenali dulu jenis pengecasan ini sebelum membeli apa-apa jenis kabel atau power adapter untuk fon korang.

Nasihat saya, beli yang berkualiti dan yan asli . Jika ingin kabel 3rd-party iPhone, pastikan mempunyai pengesahan MFi.