Kamera Padu Dalam HONOR View20

Bagi peminat telefon pintar, HONOR View20 adalah peranti padu yang mempunyai sokongan kamera yang cukup baik di mana dilengkapkan sokongan sensor 48MP SONY IMX586 untuk kamera utamanya.

Melalui sensor kamera utama sebesar itu, HONOR telah memperkenalkan fungsi khas yang dikenali sebagai 48MP AI Ultra Clarity.

Ia berfungsi untuk menggabungkan beberapa frame gambar yang diambil menggunakan mod tersebut seterusnya dengan bantuan cip Kirin 980 serta dwi ISP akan membantu untuk menggabungkan elemen penting yang baik bagi menghasilkan foto beresolusi 48MP yang bukan biasa-biasa.

Hasilnya, foto juga jelas dan terperinci walaupun objek dalam gambar sangat kecil atau jauh daripada lokasi fon berada.

Cip Kirin 980 yang dijana oleh telefon pintar ini sangat membantu untuk menghasilkan gambar yang baik hanya kerana satu sebab.

Ia dilengkapi dengan proses pembelajaran AI di mana ia akan mengenal pasti kualiti sesuatu gambar terutama apabila anda mengambil gambar dalam suasana yang gelap dan kabur.

*Gambar dirakam Murad Osmann menggunakan HONOR View20 di Pura Lempuyang Temple, Bali

Oleh itu, dengan pemproses cip Kirin 980 ini ia membantu anda untuk menghasilkan gambar yang lebih terperinci dan jelas hasil daripada pembelajaran AI ini.

Mod AI Ultra Clarity ini akan diaktifkan secara manual dengan memilih fungsi Ultra Clarity jika anda memilih resolusi 48MP Ultra Clarity pada bahagian tetapan kamera.

Kamera utama HONOR View20 ini juga dilengkapi dengan teknologi kamera ToF 3D di mana teknologi ini mampu memancarkan cahaya inframerah untuk mengukur jarak antara sesuatu subjek dan telefon pintar anda.

Fungsi ini akan mengenal pasti maklumat sesuatu objek dalam gambar bagi menghasilkan penggambaran dalam bentuk gambar atau video yang lebih cantik dan jelas.

Kamera 3D untuk HONOR View20 ini juga mampu membuat pegecaman dan mengasingkan subjek di dalam gambar dan latar belakang gambar dengan baik.

Manakala lensa 3D yang terbina di dalamnya memberi peluang kepada anda untuk mendapatkan gambar yang baik dan subjek di dalam gambar lebih menonjol.

Mahu membelinya? Klik saja pautan ini,

https://www.hihonor.com/my/product/10060642822727.html#10060607532198

#HONORView20

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: