Ingat Gimik, Rupanya OPPO Memperkenalkan Keupayaan Kamera 10x Loseless Zoom!

OPPO secara rasmi memperkenalkan fungsi kamera terbaru mereka yang dinamakan sebagai ‘OPPO 10X Loseless Zoom’ pada peranti yang masih dirahsiakan namanya.

OPPO hanya memperlihatkan gambaran ianya bakal dilancarkan pada suku tahun kedua tahun ini (Q2).

Fungsi kamera baru ini juga mempunyai kebolehan seperti tersenarai:

  • Ultra-wide Angle
  • 5x Zoom
  • 10x Loseless Zoom
  • 20x Zoom (paling maksima)

Kamera ini juga diperkasa dengan Tri-kamera seperti yang anda lihat pada HUAWEI P30 Pro dan mempunyai ciri khas seperti Priscoptic module, Sensor yang lebih besar, dan Dwi-OIS untuk kualiti gambar yang lebih baik.

Pada awal perkenalan, kami merasakan ia sekadar gimik yang menfokuskan ‘hype’ pada fungsi kamera.

Kerana secara jelas OPPO ingin bersaing dengan pesaing hebat mereka HUAWEI yang baru-baru ini juga telah memperkenalkan fungsi kamera yang berupaya untuk Zoom dengan jarak yang lebih jauh.

Namun, Pada acara yang dilangsungkan ini kami sempat mencuba peranti yang mempunyai fungsi Loseless Zoom ini. Ternyata ianya memberikan hasil yang cukup mengagumkan terhadap mode Ultra-wide, 10x Zoom dan 20x Zoom.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: