HUAWEI P30 Dan P30 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Harga Bermula RM2,699

Hari ini Huawei telah melancarkan siri P terbaru iaitu Huawei P30 dan P30 Pro. Siri P terbaru ini menfokuskan kepada fungsi kamera yang mempunyai kebolehan yang mengagumkan.

Pelbagai teknologi baru yang diperkenalkan pada kamera. Antaranya :

  • 10x Loseless Zoom
  • Berupaya zoom sehingga 50x kali
  • AI HDR+
  • OIS di Kamera utama dan Telephoto
  • Sensor kamera RYYB
  • Dwi-Paparan Video (Close-up + Wide)
  • ISO sehingga 409600
  • Berupaya menerangkan situasi gelap

Harga rasmi yang ditawarkan :

Huawei P30
8GB + 128GB = RM2,699

Huawei P30 Pro
8GB + 256GB = RM3,799
8GB + 512GB = RM4,399

P30 dan P30 Pro bakal dijual secara rasmi di Malaysia bermula 6 April ini. Pembeli yang terawal juga akan mendapat beberapa hadiah menarik.

P30 – Wireless Charging Back Cover (Bernilai RM428)
P30 Pro – Snorkeling Cover (Bernilai RM268)

Tambahan lagi, buat pembelian pada 6 April juga, pelanggan juga akan mendapat Huawei 1TB Back-Up (bernilai RM599) untuk kegunaan backup data dan file peranti anda.

Disamping itu Huawei juga mengadakan program ‘Trade-in’ untuk menukar peranti lama anda ke Huawei P30 atau P30 Pro.