Harga Samsung Galaxy A80 RMX,XXX

Samsung baru sahaja memperkenalkan siri baru Galaxy A pada 10 April lepas iaitu Samsung Galaxy A80 yang menfokuskan pada fungsi kamera dan paparan skrin terbaru.

Bagaimanapun ianya masih belum rasmi di Malaysia. Namun menurut Whatphone, harga yang ditawarkan secara rasmi bernilai EURO 649. Jika mengikut tukaran wang asing, bernilai RM3,000. Agak mahal buat peranti kelas pertengahan.

Hatta, mungkin harga di Malaysia sedikit berbeza dan lebih murah jika dilancarkan secara rasmi di Malaysia nanti.