Gaming Fon ‘Black Shark 2’ Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia! 12GB RAM 256GB ROM RM2,999 Je!

Tahun lepas, Xiaomi telah memperkenalkan sebuah peranti baru yang menfokuskan mobile gaming dengan rekaan yang bercirikan teknologi khas buat mobile gaming. Ia adalah Black Shark.

Setelah setahun ia diperkenalkan, Xiaomi hari ini melancarkan siri kedua dengan model Black Shark II yang juga menfokuskan mobile gaming.

Pandang pertama ketika memegang Black Shark 2 ini rasa seperti peranti biasa dan ‘tiada wow factor’ yang membuat kami teruja ketika mencuba sendiri peranti ini.

Rekaan kali ni tampak lebih ‘matang’ berbanding rekaan Black Shark yang diperkenalkan pada tahun lepas. Tambahan lagi, beberapa fungsi dan ciri baru turut dipertingkatkan buat Black Shark 2.

Spesifikasi :

  • Skrin : 6.39-inch (2340×1080) FHD+
  • Chipset : Octa-Core Snapdragon 855 7nm Mobile Platform (1 x 2.84GHz Kryo 485 + 3 x 2.42GHz Kryo 485 + 4x 1.80GHz Kryo 485) with Adreno 640 GPU
  • RAM : 6GB / 8GB LPDDR4x RAM
  • Storan Dalaman : 128GB / 256GB (UFS 2.1) storage
  • Sistem Operasi : Android 9.0 (Pie) with Joy Ui
  • Dwi-SIM (nano + nano)
  • Kamera Utama : 48MP rear camera dengan f/1.75 aperture (Sony IMX586 sensor), LED flash, 12MP 1/3.6″ Samsung S5K3M5, Telephoto lens f/2.2 aperture, 1.0μm pixel size, 6P lens, 2x lossless zoom,
  • Selfie Kamera : 20MP dengan 0.9μm pixel size dan f/2.0 aperture
  • Dimensi saiz : 163.61×75.01x 8.77mm; Weight: 205g
  • Sambungan : Dual 4G VoLTE, WiFi 802.11ac dual-band (2×2 MU-MIMO ), Bluetooth 5, GPS/GLONASS/Beidou, dan USB Type-C
  • Bateri : 4,000mAh (typical) / 3,900mAh (minimum)
  • Pengecasan Pantas 27W
  • Dwi-stereo speaker dibahagian depan
  • In-display fingerprint sensor

Antara fungsi khas yang ada pada Black Shark 2 :

GamePad 3.0 : Aksesori tambahan buat Black Shark 2 dengan Gamepade seakan joystick yang disambungkan terus ke peranti untuk bermain di external skrin. Sambungan juga memerlukan kabel HDMI.

Sport Mode : Mampu boost GPU dan performance sama seperti yang dibekalkan pada peranti Huawei dikenali sebagai GPU TURBO.

Multi-layer Liquid Cooling 3.0 : Fungsi untuk memastikan pengguna bermain tanpa sebarang masalah atau terlalu panas.

Lampu LED : Dibahagian belakang logo berbentuk ‘S’ dan dibahagian sisi. Fungsi wajib ada pada sebuah peranti berasaskan gaming!

Pressure Sensitive & Magic Press : membolehkan anda memetakan butang ke kiri dan kanan skrin yang boleh dicetuskan dengan menekan lebih keras pada skrin. Daya yang diperlukan juga dapat disesuaikan dengan tahap yang selesa.

Shark Space : Dengan satu sentuhan dapat clearkan aplikasi yang berjalan di background dan monitor memory (sama sepeti yang ada pada model terdahulu cuma tampilan yang diperbaharui)

Ludicrous Mode : Meningkatkan fungsi CPU untuk berfungsi tanpa limit, meningkatkan prestasi, dan frame rate yang lebih konsisten.

Harga rasmi Black Shark 2 di Malaysia :

8GB RAM + 128GB ROM = RM2499
12GB RAM + 256GB ROM = RM2999

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: