Reviu Avengers : End Game Non-Spoiler!

Seperti anda semua sedia maklum, hari ni adalah hari pertama tayangan Avengers : End Game (AEG). Tayangan terawal hari ni seawal 7.00 pagi di GSC One Utama.

Tapi saya sempat menonton seawal 10.00 pagi di TGV Sunway Velocity, KL. Sebelum ini pelbagai ura-ura dan teori yang tersebar sejak dari Avengers : Infinity War tahun lepas.

Pada pandangan saya, ada beberapa teori yang boleh di terima dan ada beberapa yang dicipta sekadar ‘hype’ dan tidak tepat. Memandangkan ia teori, jadi bukan semua adalah tepat.

Tidak kurang juga gambar yang tertiris. Walaupun saya tertengok gambar tu, namun ia tidak memberi kesan terhadap keterujaan untuk menonton sendiri filem ini.

AEG memberi rasa pelbagai emosi yang di implementasi dari awal tontonan sehingga saat akhir. Emosi tontonan termasuk teruja, gembira, sedih dan perasaan ternyata-tanya. Tambahan lagi, filem ini mempunyai susunan cerita yang kemas dan strategik. Walaupun tayangan selama 3 jam, tapi tidak rasa seperti 3 jam!

Pelbagai babak yang menjadi tanda tanya disebabkan plot twist yang membuatkan penonton berfikir sejenak. Dicampur juga dengan babak yang agak ‘cliche’ dan ada juga beberapa bahagian yang rasa bosan. Boleh dikatakan 30% boleh dijangka dan 70% tidak dijangka.

Secara keseluruhan, Avengers : End Game memberi pengalaman yang berbeza dari filem Marvel sebelum ini. Padat dengan aksi, emosi dan perasaan teruja. Saya boleh bagi 9/10 untuk filem Avengers : End Game.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: