Apa Yang Best Dengan Kamera VIVO V15?

TRI-KAMERA UTAMA

VIVO V15 kali ini memberikan pengalaman kamera yang ‘futuristik’. Kamera utama pada VIVO V15 mempunyai Tri-Kamera 24MP f/1.8 (Dual Pixel PDAF) + 8MP f/2.2 (Ultra-Wide) + 5MP f/2.4 (Depth Sensor).

Ciri Ultra-Wide pada kamera VIVO V15 berupaya mengambil gambar dari jarak yang dekat tapi gambar yang penuh dan mendapatkan hasil gambar objek yang lebih baik berbanding kamera biasa.

POP-UP SELFIE KAMERA

Selain itu, ciri yang paling menarik pada VIVO V15 adalah terletak pada fungsi Selfie Kamera yang berupaya untuk Pop-Up (Terangkat) jika anda aktifkan mode selfie. Pop-Up kamera yang digunakan pada VIVO V15 adalah menggunakan kamera Pop-Up bermotor 32MP f/2.0.

SKRIN TANPA NOTCH

Sekaligus ianya memberi pengalaman yang baru buat pengguna VIVO. Tambahan lagi, dengan fungsi Selfie Kamera Pop-up ini, VIVO dapat menghasilkan paparan skrin yang penuh tanpa notch.

VIVO V15 menggunakan skrin Ultra FullView sebesar 6.9-inci Super AMOLED yang memberi pengalaman menarik buat pengguna dengan tawaran harga yang berbaloi untuk teknologi yang futurisik sebegini!

CIRI POP-UP SELFIE KAMERA

Berbalik pada ciri Pop-Up kamera, VIVO melaporkan kamera akan terangkat sepantas 0.46 saat sahaja. Dan jika anda dapat dengar dengan teliti semasa menggunakan Pop-up kamera, akan ada bunyi semasa kamera sedang terangkat dan tertutup. Dilaporkan juga, ianya mampu bertahan sehingga 300,000 kali tanpa sangkut!

Gambar yang dihasilkan oleh Pop-Up selfie kamera juga agak menarik, memberikan warna yang lembut dan memberi jarak yang ‘wide’. Bermaksud, anda boleh selfie dengan rakan anda yang lain dengan lebih mudah tanpa banyak susunan pergerakan untuk dilihat dalam kamera.