Zukieeeee dah sebati dengan Vivo

Selebriti online, Zukie atau Zukieeeee(5 x ‘E’) membuat penampilan dengan Vivo melalui V15.

Tampil pada video secara langsung, baru-baru ini, Zukie sudah seakan biasa menggunakan telefon Vivo tersebut dan turut mengumumkan hadiah percuma kepada peminat beliau.

Mengimbau kenangan lama, kerjasama dengan Vivo sudah pasti mengenang kembali sejarah Zukie membeli sebuah telefon berharga RM300 untuk merakam video.

Ia sekaligus merubah nasib beliau dan keluarga.

Daripada hanya berpendapatan sebanyak RM800 sebagai penjaga zoo, beliau mampu membeli sebuah kereta model Mazda RX8 secara tunai selepas video-videonya menjadi tular dalam tempoh 7 bulan.

Ia juga memberi peluang kepada Zukieuntuk menyara tujuh adik beradiknya.

%d bloggers like this: