Vivo V15Pro dengan data percuma

Bagaimana untuk mendapatkan fon dan data sebanyak 120GB sekaligus? 

Setiap pembelian vivo V15Pro di TuneTalk anda sekali gus layak menerima Pelan Tahunan 120GB secara percuma! Promosi dari TuneTalk ini menawarkan 10GB pakej online setiap bulan sehingga 12 bulan berikutnya.

V15Pro adalah telefon pintar siri V terbaru yang dilancarkan di pasaran Malaysia.

Dilengkapi kamera selfie terbaik dunia dengan resolusi 32MP yang didatangkan dengan mekanisma kamera terangkat.

Tetapan tiga kamera belakang dengan sensor utama 48MP yang disertakan bersama satu sensor lensa lebar 8MP dan sensor bokeh 5MP.

Untuk kepuasan tatapan, skrin paparan berciri Super AMOLED berukuran 6.39-inci dengan nisbah skrin kepada badan 91.64%, pemproses Snapdragon 675 AEI, 6GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, model V15Pro ini juga mempunyai bateri berkapasiti 3,700mAh dengan pengecasan pantas ‘dua-engine’, sensor cap jari pada skrin dan Funtouch OS yang berasaskan Android Pie.

Hadir dengan harga jualan RM1,799, ntuk pembelian dan tempahan, layari laman web rasmi TuneTalk dan Vivo Malaysia melalui rangkaian sosial medianya.