VIVO V15 Pro vs Nova 4 vs R17Pro, hasilnya memang padu

Masuk Mac 2019 ini, dunia gajet banyak menyaksikan kehadiran telefon pintar dengan ciri yang sangat menarik. Tidak mahu ketinggalan, VIVO, Huawei dan Oppo yang menyediakan model dikategorikan telefon kelas pertengahan melalui VIVO V15 Pro, Huawei Nova 4 dan Oppo R17 Pro.

Bagi pandangan peribadi, kehadiran VIVOV15 Pro baru-baru ini ternyata berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan sekaligus menjadikan orang ramai tidak berhenti-henti bercakap mengenainya sehingga ke hari ini.

Kenapa saya berkata demikian? Ini antara perbandingan yang saya kenal pasti mampu merungaikan persoalan gajet mana patut dibeli.

Kamera depan

VIVO V15 Pro mempunyai kamera depan ala futuristik yang menarik. Pasti anda tidak percaya apabila mendapat tahu V15 Pro memiliki kamera 32MP.

Ini membolehkan pengguna merakam swafoto tahap tertinggi. Didatangi dengan paparan skrin penuh hasil revolusi teknologi canggih terutama dalam kamera hadapan, kamera V15Pro berfungsi menggunakan mikro bermotor yang dipasang dalam peranti membolehkan ia bergerak secara mekanikal.

Apa yang menariknya, kepantasan teknologi ini membuatkan anda tidak menunggu lama untuk merakam gambar kerana kamera akan muncul dalam tempoh 0.46 saat.

Untuk perbandingan dua model lainberesolusi masing-masing 25 megapiksel tapi ciri kamera alaf uturistik tersebut tiada pada model Nova 4 atau R17 Pro.

Tiga kamera atau Tri-kamera

Bagi VIVO V15 Pro, ia mempunyai kamera belakang 48MP+8MP+5MP. Dua mungkin tidak mencukupi apatah lagi satu,tetapi V15 Pro dicipta dengan tiga kamera yang membawakan gambar lebih jelas, walaupun dalam gelap.

Dengan Sensor 48 Juta Quad Pixel,Kamera Lebar AI Super 8 Wide AI, Kamera Lalat 5MP dan algoritma AI dinaik taraf, ia memperluaskan perspektif anda yang belum pernahdilalui sebelum ini.

Tambah pula pelbagai ciri-ciri fotografi kegemaran anda dinaik taraf, dari AI Body Shaping hingga AIPortrait Lighting, menambahkan lagi keseronokan setiap kali bergambar.

Kamera utama V15 Pro mempunyai sensor 1/2.25 inci, apertur f/1.8 yang besar dan 48 juta piksel fizik dengansaiz 0.8μm.

Untuk meningkatkan kualiti fotosensitif dan gambar, V15 Pro menggunakan teknologi ‘empat dalam satu piksel’ yang lebih profesional dengan menggabungkan empat piksel bersebelahan ke dalam piksel besar bersaiz 1.6μm, memberikangambar kualiti bersaiz 12MP, sekali gus memperlihatkan gambar waktu malam lebih jelas berbanding sebelum ini.

Saingan terdekat? Nova 4 dengan kamera 48MP+16MP+2MP manakala R17 Pro pula hanya dwikamera 12MP+20MP.

Mod AI

Ramai yang bercakap tentang AI atau Artifial Intelligence sekarang namun siapa yang benar memanfaatkannya terutama dalam kamera?

Dalam VIVO V15 Pro, ia mempunyai kamera Al Super Wide Angle meluaskan pandangan anda hingga 120 darjah, jadianda boleh memuatkan lebih ramai orang untuk menangkap gambar, melakukan pelbagai aksi dan adegan yang paling indah.

Paling penting, lensa dihasilkan mampu menangkap gambar sehingga posisi 109 darjah.

Pengimbas cap jari terus di skrin

Ini yang menjadikan VIVO V15 Pro unik.Teknologi pengimbasan cap jarinya terus dalam paparan. Ya di skrin depan yang penuh tanpa perlu kawasan khas.

Selepas lima generasi, V15 Pro menampilkan teknologi pengimbasan cap jari dalam paparan terkemuka. Ketepatan piksel cap jari yang lebih tinggi dan algoritma lebih canggih, membolehkan pengguna membuka kekunci lebih cepat, lebih bergaya dan selamat.

Adakah anda akan menyaksikan ciri ini pada Nova 4 atau R17 Pro? Jawapannya tidak.

Paparan

VIVO V15 Pro mempunyai saiz 6.39 inci, paparan Super AMOLED 19.5: 9 menghasilkan rekaan visual mengagumkan.

Ia dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 675, juga rekaan bingkai skrin yang lebih nipis. Dengan trend butang fizikal Google Assistant, Vivo turut sertakan butang inipada V15 Pro.

Di samping itu, jika menggunakan alat pendengar, cahaya dan butang sensor disembunyi dari pandangan.

Takuk di bahagian atas masing-masing dikecilkan kepada 1.75 milimeter (mm) dan 2.2mm, sekali gus melebarkan nisbah skrin peranti kepada 91.64 peratus. Inilah yang ditunggu-tunggu penggemar peranti seperti ini yang mampu menghadirkan pengalaman menakjubkan.

Dua model lain pun sebenarnya boleh tahan, Nova 4 dengan saiz skrin 6.40 begitu juga R17 Pro namun kelebihan skrinnya memang pada VIVO.

Cas Fon

VIVO mempunyai kapasiti bateri 3700mAh sama dengan R17 Pro. Nova 4 pula memang besar dengan 3750mAh (besar sikit saja).

Namun keupayaan kepantasan cas dengan dua enjin itu yang padu bagi VIVO V15 Pro.

Kuasa bateri pada peranti adalah penting bagi menentukan sejauh mana ia bertahan. Walaupun nipis dan ringan V15 Pro memiliki bateri 3700mAh dengan pengecasan pantasDual-Engine Fast Charging dan dalam masa 15 minit, ia mampu mencapai 24%.

Dengan bateri sebesar itu, anda boleh bermain game sesuka hati tanpa perlu menggunakan power bank.

Paparan Super AMOLED

Satu lagi yang penulis perasan tentang fon VIVO V15 Pro ini adalah keupayaan paparan ini dihasilkan dengan bahan pencahayaan E2 yang lebih tinggi kualitinya.

Ia mempunyai liputan warna 100% P3,10,000,000: 1 warna kontras, warna ultra tinggi dan penggunaan kuasa lebih rendah, membawa anda ke dunia lebih jelas dengan warna tulen.

%d bloggers like this: