Twitter iOS Terbaru Dengan Versi Dark Mode Hitam

Sebelum ini Twitter sudahpun memberi fungsi Dark Mode yang berwarna biru/gray buat pengguna iOS dan Android. Fungsi Dark Mode ini juga adalah mode khas buat pengguna Twitter untuk lihat ketika dalam gelap.

Semalam pada 28 Mac, Twitter sekali lagi memberi kemaskini terbaru buat pengguna iOS dan memberi fungsi Dark Mode yang lebih gelap iaitu warna hitam dan dinamakan sebagai ‘Lights Out’ dibahagian setting Twitter.

Anda boleh aktifkan fungsi ini melalui :

  1. Setting
  2. Display and Sound
  3. Dark Mode (Turn On)
  4. Pilih : Dim – Biru/Gray atau Lights Out – Hitam

Disamping itu, anda juga perlu mengemaskini aplikasi Twitter jika ingin mendapatkan fungsi ‘Lights Out’ ini di Twitter.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: