Travel Di Indonesia Dan Ambil Gambar Guna iPhone Tapi Hasilnya Memang Jaw Dropping

Zaman sekarang ni boleh dikatakan fon adalah peranti yang perlu ada masa ‘travel’ oleh kebanyakan traveler. Iyalah, nak ambil gambar untuk simpan detik memori indah dan beberapa keperluan lain. Misalnya GPS, WhatsApp dan lain-lain.

Tambahan lagi buat pengguna media sosial. Pasti mahu kongsikan detik-detik indah dengan kawan-kawan dan ‘followers’ . Kalau dulu-dulu, mak bapak kita suka bawa kamera. Sebab itu je yang ada untuk merakam detik indah masa travel.

Tapi zaman sekarang ni, dengan teknologi yang semakin maju dan canggih. Segalanya mudah. Hanya perlu bawa telefon pintar sebagai kamera utama kita. Tak perlu berat-berat bag nak bawa kamera besar-besar dan peralatan.

Kenapa?

Telefon pintar lebih portable dan memudahkan. Masuk poket je. Tak perlu risau sangat bateri takde. Charger universal dan boleh cas di Powerbank. Kalau charger hilang pun, boleh dapat kat mana-mana. Pinjam kat orang ke. Kah!

Oleh itu, peranti yang kerap saya bawa kemana saja adalah peranti iPhone untuk ambil gambar. Perkongsian tips ambil gambar menggunakan iPhone saya kali ni boleh dikatakan mudah dan basic. Berikut adalah tips :

1- Perlukan sebuah iPhone (Prefer iPhone 7 ke atas)
2- Hanya menggunakan kamera (by default)
3- Aktifkan fungsi grid line (Setting-Camera-Grid-Turn On)
4- Komposisi ikut “Rule of Third” (Boleh Google)
5- Tekan di skrin untuk dapatkan spot pengcahayaan
6- Guna volume button sebagai shutter kalau dikawasan yg sukar
7- Rasa dah okay, ambil gambar

Antara aplikasi yang terbaik untuk edit gambar pula (Semua FREE) :

1- VSCO (Recommend versi X) – Filter & Edit
2- Adobe Lightroom – Edit lebih pro
3- Phonto – Font yang menarik dan pro
4- Snapseed – Edit lebih pro
5- Unfold – Collage yang pro

Gambar berikut yang adalah gambar yang diambil dengan iPhone semasa pengembaraan aku di Jawa Timur, Indonesia. Disunting dengan VSCO versi X secara manual dan font menggunakan aplikasi Phonto.

Oleh : Faiz Zainal

%d bloggers like this: