STADIA — Permainan konsol terbaru dari Google yang berasaskan platform “Cloud-Gaming”.

Oleh Faiz Z

Pengalaman game “masa hadapan” yang direvolusikan oleh Google. Tidak memerlukan peranti yg berkuasa tinggi seperti PS4 Pro.

Hanya memerlukan peranti berasaskan Android atau Chrome untuk main game yg berkualiti tinggi dengan sokongan paparan hingga 4K 60fps.

Tambahan lagi, anda juga boleh gunakan segala jenis sambungan yg sedia ada seperti keyboard, mouse dan controller yg mempunyai sambungan USB/Bluetooth untuk bermain di STADIA di PC/Laptop.

Selain itu, Google juga turut perkenalkan controller khas mereka untuk permainan di STADIA dengan 3 pilihan warna. Ianya memberi pengalaman penuh untuk segala permainan yg ditawarkan di STADIA.

STADIA juga turut bekerjasama dengan AMD untuk membangunkan teknologi GPU yg berkuasa buat platform Cloud-Gaming. Sekaligus ianya adalah “game changer” dalam dunia permainan konsol.

Dilaporkan STADIA bakal dilepaskan secara rasmi kepada pengguna pada tahun ini juga. Belum pasti tarikh yang tepat.