Jangan hempas telefon anda, talian Digi memang ada masalah


Talian syarikat telekomunikasi Digi Telecommunications Sdn Bhd kini menghadapi masalah.

Susulan masalah tersebut, pengguna tidak boleh melayari data namun masih boleh membuat panggilan.

Belum ada pengumuman rasmi tentang masalah tersebut oleh Digi dengan kemaskini Twitter mereka hanya kira-kira 21 jam yang lepas ketika artikel ini ditulis sementara laman Facebook pula hanya mengemaskini tawaran fon terbaru.

Salah seorang eksekutif pelanggan yang enggan dikenali berkata ia masalah biasa yang akan diselesaikan secepat mungkin.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: