Ini cara nak menang RM10 juta main PUBG dan Vivo

Vivo mengumumkan kerjasama yang terus padu dengan permainan mudah alih yang terkemuka di dunia, Player’s Battlegrounds Mobile (PUBG MOBILE) dihasilkan Tencent Games dan PUBG Corporation sebagai penaja utama Pertandingan PUBG MOBILE Club Open 2019, kejohanan permainan mudah alih terbesar di dunia.

Vivo akan menyediakan telefon pintar rasmi untuk PUBG MOBILE Club Open 2019 di mana pemain dari 10 benua di seluruh dunia akan bersaing untuk bertarung melalui Spring & Fall Split, merebut hadiah berjumlah kira-kira RM10 juta.

Perkongsian global ini memperkuat komitmen Vivo untuk membawa pengalaman permainan yang ultra-lancar untuk berhubung dengan pengguna melalui perkongsian bermakna menggunakan telefon kuasa tinggi mereka.

Komitmen Vivo akan diteruskan sebagai peneraju eSukan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

Perkongsian dengan PUBG MOBILE menjadi peristiwa utama yang merupakan kerjasama mantap permainan mudah alih yang dibangunkan oleh Tencent Games dan PUBG Corporation apabila ia kini menemui 200 juta peminat yang memuat turunnya tidak termasuk China, Korea dan Jepun.

Sebagai salah satu kejohanan permainan mudah alih terbesar di dunia, PUBG MOBILE Club Open 2019 merupakan peluang yang baik untuk mempamerkan visi Vivo untuk ‘menikmati game yang luar biasa’ dengan membawa pemain pengalaman permainan sebenar seperti yang lain.

“Kami teruja untuk bekerjasama denganVivo kerana mereka mempunyai reputasi yang kukuh untuk menjadiinovatif dan meletakkan keperluan pengguna terlebih dahulu. Sebagaijenama yang inovatif, perkongsian ini dedikasi kami untuk membawapengalaman terbaik kepada pemain dan peminat kami di seluruh dunia.Perkongsian ini hanya permulaan, kami mahu terus membina portfolioperkongsian yang kukuh dengan syarikat terkemuka industri, sepertiVivo, untuk menyediakan pengalaman permainan mudah alih yangterbaik,” kata Vincent Wang, Pengurus Besar Bahagian PenerbitanGlobal, Tencent Games.