Huawei P30 dan P30 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Dan Mempunyai Keupayaan Kamera Yang Tiada Tandingan!

Seperti model sebelum ini, Huawei P series sentiasa memperkenalkan fon yang menfokuskan kepada keupayaan dan pengalaman yang lebih baik kepada kamera.

Dengan kerjasama Leica sekaligus memberi impak yang positif terhadap penerimaan pengguna terhadap P series yang menfokuskan pada kamera.

Huawei P20 dan P20 Pro yang dilancarkan pada tahun lepas juga dilihat memberi keterujaan buat pengguna. Tambahan lagi, ianya mempunyai reputasi yang sangat baik terhadap fungsi kamera jika dibandingkan dengan pesaing yang lain dan mendapat banyak pujian terhadap kualiti gambar yang dihasilkan.

Pada 26 Mac yang lalu, Huawei telah melancarkan P series yang baru iaitu P30 dan P30 Pro secara rasmi di Paris, Perancis.

Apa yang menariknya, DxOMark (pemarkahan kualiti kamera) telah memberi keputusan yang tinggi buat P30 Pro. Gambar mendapat skor 199, video mendapat skor 97 dan keseluruhannya mendapat 112. Sekaligus mengalahkan Samsung S10+.

Sumber : DxOMark

Fungsi paling menarik pada Huawei P30 series sudah tentu terletak pada keupayaan kamera. Dilaporkan, P30 Pro berupaya zoom kamera sehingga 50x kali (Digital Zoom). Manakala P30 30x kali (Digital Zoom). Tambahan lagi, P30 Pro dikhabarkan mampu zoom sampai ke bulan!

Spesifikasi Huawei P30 :

  • Paparan skrin FHD+ OLED 6.1-inci (1080×2340)
  • Cip Pemprosesan HiSilicon Kirin 980
  • 6GB RAM
  • Storan Dalaman 128GB
  • Bateri 3,650mAh
  • Android 9.0 (Pie) EMUI 9.1
  • Tri-Kamera 40MP f/1.8 (wide) + 16MP f/2.2 (ultrawide) + 8MP f/2.4 (telephoto)
  • 5x Hybrid Zoom + 30x Digital Zoom
  • Selfie Kamera 32MP f/2.0 (wide)
  • Masih mengekalkan audiojack 3.5mm
  • IP53 Dust & Splash Protection
  • Dolby Atmos Speaker
  • In-Display Fingerprint (Generasi baru)
  • USB Type-C
  • SuperCharge 22.5W
  • Warna : Aurora, Amber Sunrise, Breathing Crystal, Black & Pearl White

Spesfikasi P30 Pro :

  • Paparan Curve FHD+ OLED 6.47-inci (1080×2340)
  • Cip Pemprosesan HiSilicon Kirin 980
  • 8GB RAM
  • Storan Dalaman 128GB dan 256GB
  • Bateri 4,200mAh
  • Android 9.0 (Pie) EMUI 9.1
  • Tri-Kamera 40MP f/1.8 (wide) + 16MP f/2.2 (ultrawide) + 8MP f/2.4 (telephoto)
  • 10x Hybrid Zoom + 50x Digital Zoom
  • Dwi-OIS (Lens utama + Telephoto)
  • Time-of-Flight (ToF) Depth Detection
  • Selfie Kamera 32MP f/2.0 (wide)
  • Dolby Atmos Speaker
  • IP68 Dust & Water Resistant
  • In-Display Fingerprint (Generasi baru)
  • USB Type-C
  • Paparan dwi-video (Wide angle & Close up)
  • SuperCharge 40W (30minit 70%)
  • Wireless Charging 15W QC
  • Wireless Reverse Charge
  • Warna : Aurora, Amber Sunrise, Breathing Crystal, Black & Pearl White

Harga mengikut tukaran wang asing :

P30

6GB + 128GB = €799 (RM3,683)

P30 Pro

8GB + 128GB = €999 (RM4,605)

8GB + 256GB = €1,099 (RM5,066)

8GB + 512GB = €1,249 (RM5,758)

Harga pasaran tempatan masih belum dinyatakan oleh Huawei Malaysia. Mungkin sedikit rendah dari harga ini. Nantikan pelancarannya secara rasmi di Malaysia pada 2 April nanti.

Fungsi Reverse Wireless Charging
Fungsi Dwi-Paparan Video