Beli Vivo V15, menang macam-macam

Bukan saja mampu memperoleh fon yang gempak, pengguna boleh mendapatkan telefon Vivo V15 pada harga RM1,399 dan pemegang fon Octopus, fon kepala tanpa wayar dan pakej perlindungan skrin selama 6 bulan.

Itu yang diperoleh ketika anda membeli Vivo V15 sehingga 22 Mac ini.

Manakala pada acara khas Superdays di pusat beli belah OneUtama Petaling Jaya pada 23 Mac ini, pelbagai aktiviti dianjurkan seperti Claw Machine dan Break the GoldeGG dan anda berpeluang menang Vivo V15, basikal atau beg.

50 pelanggan pertama yang membeli Vivo V15 pula pada hari tersebut akan menerima set hadiah Vivo bernilai RM299 dan kad Petronas berjumlah RM200.

200 pelanggan lagi akan menerima kad Petronas bernilai RM100.

Acara Superday juga membolehkan pengguna menyertai cabaran 15 saat dan menang dua hadiah edisi terhad Vivo.

Untuk ahli OneCard, anda boleh menuntut mata ganjaran ketika membeli Vivo V15 dan percuma set kepala bernilai RM119.

%d bloggers like this: