Apabila Facebook, WhatsApp dan Instagram bermasalah, dunia seakan kiamat kecil

Pengguna tiga media sosial, Facebook, Instagram dan WhatsApp mengalami masalah gangguan berikutan perubahan sistem belakang melibatkan pelayan di kawasan tertentu.

Berikutan ketiga-tiganya dinaungi syarikat yang sama, pengguna akan mendapati kesukaran mengepos gambar dan refresh pada Facebook.

Manakala bagi Instagram, masalah yang dihadapi termasuk ‘error’ ketika suapan kemaskini gambar-gambar.

Masih boleh bermesej seperti biasa, WhatsApp hanya mengalami gangguan menghantar gambar dan dokumen.

Masalah-masalah yang berlaku ini diakui sendiri Facebook dan ia dijangka selesai secara berperingkat dalam tempoh beberapa jam.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: