AirPods versi baru

Apple mengumumkan AirPods versi baru yang kini menyokong Qi Wireless Charging dan cip H1 (Hey SIRI).

Buat pertama kali, ia membenarkan akses kepada Siri yang tersedia dalam AirPods itu sendiri manakala cip H1 baru merevolusikan pengalaman audio dengan ciri sync yang lebih mantap.

H1 dalam AirPods membenarkan 50% masa berbual lebih lama berbanding generasi pertama sebelum ini.

Penukaran peranti ketika mendengar muzik pada iPhone, Apple Watch atau iPad kali ini juga lebih baik dan ‘seamless’ iaitu dua kali ganda lebih pantas.

Manakala keupayaan Siri kali ini memungkinkan pengguna menukar lagu, membuat panggilan dan menetapkan volum atau mencari arah hanya dengan memulakan dengan “Hey Siri”.

AirPods baru akan datang dengan kasing standard cas atau Wireless Charging Case yang baru. Setiap kasing boleh menambah masa cas lebih 24 jam.

AirPods dengan kasing standard dijual pada harga RM699 manakala dengan Wireless Charging Case pula berharga RM879 dan anda boleh membelinya di apple.com/my.

Kasing Wireless Charging Case saja pula dijual pada harga RM439.

%d bloggers like this: