Vivo V15 dengan kamera depan ‘pop up’ 32 megapiksel (video teaser disertakan

Share Button

Oleh Afiq

Vivo V15 dan V15 Pro yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi dijangkamempunyai spesifikasi dengan rekaan fon yang hampir dengan Vivo NEX,jadi jika anda mahukan kuasa NEX pada harga lebih murah boleh mendapatkan model tersebut.

Vivo Malaysia melalui model telefon pintar, Vivo V15 dan V15 Pro dilihatmuncul sebagai peranti kelas pertengahan pertama dengan kamera hadapan boleh sembunyi ‘pop up’ pada bahagian atas dan pengesanan cap jari dalam paparan untuk tempoh jangka panjang.

VivoV15 hadir dengan rekaan skrin menyeluruh yang dilengkapi paparan Ultra Fullview dengan nisbah skrin ke badan 91.24 peratus untuk memberikan pandangan yang lebih jelas dan terang.

Tidak seperti telefon pintar lain, Vivo melakukan banyak eksperimen dan pelarasan sebelum secara rasmi melancarkan produk untuk memenuhi kehendak penggunanya selain mampu menyediakan persekitaran lebih selamat.

Tambah menarik, sensor cap jari tersembunyi bawah paparan skrin turut menjadikan Vivo V15 kelihatan rapi dan futuristik. Teknologi pengeluaran bunyi pada skrin, mampu menghantar bunyi getaran melalui paparan telefon termasuk sistem pembesar suara tanpa kelihatan lubang pada Vivo V15.

Kameradepan mempunyai lensa 32MP tersembunyi di sebalik telefon berkenaandan hanya dinaikkan selama satu saat untuk membolehkan pengguna mengambil sendiri seperti dilakukan sebelum ini.

V15 atau V15 Pro juga menggantikan pendengaran menggunakan fon telinga kepada teknologi paparan bunyi skrin yang kemudiannya boleh bertukar menjadi pembesar suara.Teknologi ini bukan sahaja mengecilkan permukaan paparan skrin telefon di bahagian atas sebaliknya meningkatkan kualiti bunyi dengan ‘bass’ yang lebih kuat dan lembut.

Iaturut memperkenalkan teknologi pengimbasan cap jari generasi ketigaVivo yang ditambah baik dalam kedua-dua ketepatan dan kelajuan,berikutan kejayaan Vivo X20UD dan X21.Teknologi ini menyembunyikan sensor cap jari bawah paparan semasa dan masih menyampaikan akses cap jari di hadapan telefon.

Pelbagai gambar menarik pula boleh diabadikan dengan menggunakan teknologi kecerdasan pintar (AI) Fotografi. V15 atau V15 Pro mungkin menaikkan kamera dengan lensa Sony IMX363 generasi baru dan Penstabilan Imej Optik empat paksi berketepatan tinggi yang digabungkan dengan Penstabilan Imej Elektronik (EIS). Memaparkan pelbagai ciri-ciri AIPhotography seperti AI Scene Recognition, AI HDR, AI Filters dan AIPortrait Framing, NEX membantu pengguna mengambil gambar hebat tanpa menghiraukan persekitarannya.

Saksikan video teaser di sini -> https://youtu.be/O0zHyrl6VNY

Apa komen anda?