Tahukah anda Huawei Nova 4 ada‘surpriseʼ dengan fungsi video AI yang mengagumkan

Pada penghujung tahun lalu, pengeluar telefon pintar terkemuka China, HUAWEI telah melancarkan peranti terbarunya nova 4. Menerusi model ini, HUAWEI melakukan penaiktarafan pada fungsi video perantinya.

Nova 4 hadir dengan lensa kamera hadapan berdefinisi tinggi iaitu 25MP.

Manakala kamera di belakang pula menggunakan sistem tiga lensa yang terdiri daripada 20MP sensor utama, 16MP lensa sudut ultra lebar dan dan 2MP lensa keluasan fokus. Ketiga-tiga lensa

ini berfungsi bersama untuk mewujudkan sistem pengimejan komprehensif yang merangkumi pelbagai senario berdasarkan sistem operasi EMUI 9.0 yang dioptimumkan.

Ciri lain yang terdapat pada  peranti ini:

1. Rekaan tiga jenis fotografi

Apabila bercakap soal kamera, bermain di fikiran pelbagai teknik fotografi yang mampu menghasilkan imej yang cantik. Kalau dalam kamera DSLR biasa, anda perlu menukar-nukar lensa bagi jenis-jenis fotografi tertentu.

Bagi nova 4, tak perlu kerana tiga lensa dimuatkan dalam kamera 20 megapiksel RGB hitam putih dan apertur f1.8, manakala satu lagi kamera 16 megapiksel RGB sensor imej warna dan juga f1.8 dan satu lagi kamera 2 megapiksel mengukuhkan rakaman subjek yang padu.

Sudut lebar ultra pada 117 darjah mampu merakam gambar yang lebih luas walaupun jarak anda memegang fon dan subjek sangat dekat jadi tiada mana-mana imej yang akan terlepas.

2. Keunikan Selfie Superstsr berasaskan psikologi

Siri nova terkenal dengan identiti Selfie Superstar. Oleh itu, kamera selfie atau swafoto ditempatkan di ruang kiri atas. Tidak pernah berlaku pada mana-mana fon sebelum ini. Nampak macam biasa saja kan?

Ia sebenarnya mempunyai asas kukuh menempatkan kamera selfie di sebelah kiri atas. Berdasarkan R&D Huawei, ia adalah lokasi paling tepat untuk meletakkan kamera selfie.

Terdapat kajian saintifik yang diterbitkan membuktikan berdasarkan psikologi yang menganalisis tabiat selfie dalam sosial media menunjukkan lebih 2,000 selfie yang telah dikaji menunjukkan separuh responden lebih gemar menunjukkan bahagian kiri wajah.

Malah, lukisan terkemuka dunia, Mona Lisa yang telahpun berusia 500 tahun juga mempunyai karektor dengan wajah mengadap ke kanan bagi menampakkan wajah kiri.

Kedudukan kamera nova 4 sekaligus sesuai dengan sudut selfie yang juga dikenali sebagai sudut Huawei Perfect menampakkan wajah pada posisi menarik.

3. Video Ringtone untuk Panggilan Diterima

Pengguna terutamanya anak muda zaman ini pastinya suka apabila telefon pintar mereka mengandungi pelbagai ciri serta pilihan menarik dan antaranya mampu menggunakan video kegemaran sebagai nada dering. Lebih menarik lagi pengguna boleh memilih menggunakan video selebriti tempatan yang dimuat naik dari TikTok.

4. Penyuntingan video dengan bantuan AI

Dengan keupayaan NPU yang kuat dan algoritma AI yang mengagumkan, perkhidmatan penyuntingan video dapat dibuat secara automatik. Selepas anda selesai merakam video, cari ia di dalam album dan sentuh pada skrin bagi mencari butang untuk analisis dan penyuntingan secara automatik.

Tidak seperti kaedah penyuntingan foto dan video biasa, ciri ini banyak kelebihannya. Ia mampu mengenal pasti dan mengasingkan setiap orang dan objek pada video termasuk unsur cantik di dalamnya sebelum melakukan penyuntingan.

Teras penyuntingan video yang dibantu oleh AI adalah pengenalpastian watak individu dan unsur estetika yang menyenangkan. Enjin pintar akan ditapis dan dilatih melalui sejumpah besar sampel input.

Lebih 60,000 model latihan disediakan untuk itu dan lebih satu lagi untuk enjin pengesanan wajah.

Penstabilan video Nova 4 hadir dengan algoritma EIS (penstabilan imej elektronik) yang menggunakan giroskop untuk mengesan goncangan pada telefon pintar dan kemudian secara dinamik menyesuaikan ISO, kelajuan shutter atau perisian kamera untuk melakukan pembetulan. EIS adalah sejenis operasi algoritma yang mengelakan kekaburan, membetulkan goncangan tangan ketika merakam video selain memberikan kestabilan tambahan ketika menjejaki objek bergerak.

5. Rakaman gerak perlahan

Fungsi rakaman gerak perlahan turut disertakan dalam nova 4. Ia begitu teliti dan mampu merakam gambar padakadar 480 frame sesaat. Pada kadwr ini juga, kelajuan rakaman diperlahankan sehingga 1/16, menjadikan rakaman gerak perlahan yang lebih cantik.

HUAWEI nova 4 kini sudah dijual sejak 14 Februari lepas di semua stor jenama Huawei dan stor online rasmi. Layari laman web mereka di http://bit.ly/HWOSNova4

Huawei juga sedang mencari peserta yang mampu memenangi 51 unit nova 4 secara PERCUMA! Anda boleh mengetahuinya lebih lanjut di acara yang dianjurkan. Klik pautan di bawah untuk mengetahuinya:

Gegar: http://bit.ly/AmazingNovaSearchGegar

Era: http://bit.ly/AmazingNovaSearchEra

Hitz: http://bit.ly/AmazingNovaSearchHitz

Manakala pusingan terakhir akan berlangsung 2 Mac ini jadi anda tahu apa yang perlu dilakukan, betul tak?

%d bloggers like this: