Reviu Huawei MateBook D 14 inci memang padu namun adakah ia berbaloi untuk dibeli?




MateBook D 14 inci yang dihasilkan Huawei memuatkan cip pemproses Intel Core i5 gen-8 dan paparan skrin sentuh ke dalam badan aluminium nipis untuk harga yang sangat berpatutan iaitu bermula RM2,999. Komputer riba ala MacBookini turut menawarkan jangka hayat bateri yang panjang, papan kekunci yang selesa dan sepasang pembesar suara yang bagus.

Dan walaupun tidak mempunyai paparan terang, ia secara keseluruhannya boleh dianggap komputer mainstream yang kukuh.

Reka Bentuk


Dari segi reka bentuk, casing aluminium berwarna silver MateBook D ini mempunyai kualiti binaan sama dengan MacBook Pro lama sebelum Apple memilih menggunakan papan kekunci yang rata. Warnanya, Mystic Silveruga sama dengan Mac yang lama.

Reka bentuk dalamannya pula diliputi dengan kemasan silver sama dan disertakan dengan papan kekunci chiclet hitam. Terdapat dua lubang pembesar suara di sebelah kiri dan kanan papan kekunci dan butang kuasa / pengimbas cap jari terletak di atas di sebelah kanan. Ia juga mempunyai bezel yang sangat nipis.

Dengan beratnya hanya 1.5 kgm MateBook D adalah antara komputer riba yang paling ringan dan nipis dalam kalangan jenama lain. Tidak seperti komputer riba premium yang ditirunya, ia mempunyai port USB bersaiz penuh.

Bahagian kiri komputer riba itu mempunyai satu port pengecas USB Type-C, HDMI dan USB 3.0 manakala di sebelah kanannya pula terdapat satu port USB 2.0 dan bicu fon kepala.



Paparan


Keputusan makmal untuk paparan skrin sentuh 1920 x 1080 MateBook D menunjukkan ia tidaklah segah mana, tetap selepas diuji sendiri ia sebenarnya ia agak bagus.

Menurut kolorimeter (alat digunakan untuk menentukan kepekatan sebatian berwarna), panel MateBook D merangkumi 73 peratus gamut warna sRGB, kurang dari purata komputer riba biasa yang 83 peratus. Bagaimanapun, ia mengatasi Avita Clarus 14 dan AcerSpin 3 yang hanya 63 peratus.

Pada 230 nits (unit standard luminance yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai sumber cahaya),paparan MateBook D sekali lagi jauh ke belakang berbanding jenama lain.



Papan kekunci dan pad sentuh


Walaupun jarak antara butang yang rendah, papan kekunci MateBook D memberikan tindak balas yang agak baik. Papan kekunci itu menawarkan 0.3 milimeter perjalanan dan memerlukan 72 gram daya penggerak.

Pad sentuh 4.1 x 2.5 incinya pula mempunyai tekstur yang lembut dan matte. ia juga memberi tindak balas yang baik kepada gerak isyarat Windows 10 seperti dua jari menatal dan tiga jari meleret tab.

Audio
Pembesar suara MateBook D mampu mengisi bunyi muzik dalam ruang pejabat yang kecil, tetapi lagi bagus sekiranya boleh dipasang dengan kuat. Walaupun begitu, penempatan pembesar suara itu menyampaikan bunyi stereo yang padat.

Secara keseluruhannya, ia tidaklah seteruk mana. Anggap saja kualitinya sepadan dengan harganya.



Prestasi

MateBook D dilengkapi cip pemproses Intel Core i5 gen-8, 8GB memori, storan sebesar 256GB dan GPUIntel UHD Graphics 620. Ia menunjukkan tanda kelembapan hanya apabila aplikasi Kamera, Warna, Steam, Google Chrome dan
video Youtube 1080p sekali gus.

Dalam ujian prestasi keseluruhan Geekbench 4.1, MateBook D mencatat 8,845, iaitu hampir 1,000 mata di bawah purata kategori 9,794. Ia juga memadankan 65,000 nama dan alamat dalam ujian Excel dalam masa 1 minit 48 saat.

Untuk penanda aras HandBrake pula, MateBook D mengambil masa 21 minit dan30 saat untuk transcode video 4K ke 1080p. Ia juga mengambil masa sebanyak 46 saat untuk menyalin 4.97GB data bagi kadar 110 megabait sesaat yang mana lebih perlahan daripada purata kategori 134MBps.

Bagaimanapun, ia menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian grafik sebenar selepas mencapai 65 frame sesaat pada penanda aras Dirt 3, melepasi purata kategori 46 fps.



Hayat bateri


Hayat bateri MateBook D yang tahan lama adalah antara kunci utama penjualannya. Selepas penggunaan jangka panjang pda 150 nit kecerahan, ia masih dapat bertahan sehingga 9 jam dan 16 minit.Hampir dua jam lebih lama daripada purata komputer riba biasa yang lain.

Kamera web


Kamera webnya membolehkan anda membuat panggilan persidangan, tetapi warnanya agak sedikit suram. Walaupun terdapat cahaya yang menerangi latar belakang anda, ia tetapi tidak cukup.



Haba


MateBook D mampu mengekalkan suhu stabil dan sejuk. Selepas menstrim video HD selama 15 minit, bahagian bawahnya mencapai 92 darjah Fahrenheit,kekal berada dalam paras selesa. Tengah papan kekunci pula mencapai 91 darjah, sementara pad sentuh 81 darjah. Suhu terpanas pernah direkodkannya adalah 97 darjah.

Perisian dan Jaminan


Huawei sangat minimalis apabila bercakap mengenai perisian jenama sendiri. Satu-satunya aplikasi yang dimasukkannya adalah PC Manager, yang menyediakan alat untuk menyemak perkakas, menguruskan pemanduan dan mencari pautan sokongan pelanggan. MateBook D hadir dengan jaminan terhad setahun.


Kesimpulannya, jarang melihat komputer riba dengan casing aluminium yang
menawarkan kos kurang daripada RM3,000, tetapi Huawei mampu memberikannya. Sistem
pemproses Intel dan GPU berfungsi dengan baik sepanjang ia diuji, sementara baterinya bertahan lebih lama daripada penggunaan biasa. Ia juga mempunyai papan kekunci yang kukuh dan pembesar suara yang bagus. Bagaimanapun, paparan skrinnya sedikit suram.

Tetapi, MateBookD 14 inci tetap berbaloi dibeli dengan harga itu memandangkan komputer riba yang sangat kukuh.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: