Vivo tagih Siti Nurhaliza kekal duta

Vivo Malaysia nampaknya sekali lagi mengalu-alukan Dato Sri Siti Nurhaliza menjadi duta jenama itu dengan memuat naik teaser di laman
Facebook rasmi mereka.

Perkhabaran itu dibuat selepas beliau mengadakan persembahan pada
acara pelancaran Vivo V11 yang secara tidak langsung memberi bayangan Vivo mungkin akan melancarkan produk baru selepas berkolaborasi dengan Dato Sri Siti Nurhaliza untuk Vivo V5 sebelum ini.

Bagaimanapun, perkara itu belum disahkan Vivo Malaysia sendiri.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web rasmi Vivo Malaysia, kedai Vivo, Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: