Vivo perkenal telefon 5G & RAM 12GB pertama di dunia

Share Button

Vivo mengumumkan konsep telefon APEX 2019, yang juga telefon 5G pertama di dunia dengan rekaan dinamakan ‘Curved-Surface Waterdrop Glass’.

Telefon dengan konsep minimalis tersebut memberikan masa depan kepada pembangunan telefon pintar dan pengimbas cap jari di mana saja atas permukaan skrin. 

Rekaan unibodi menggunakan teknologi dinamakan Touch Sense di mana segala operasi telefon hanya dengan skrin sentuh tanpa apa-apa butang. 

Ia sekaligus menunjukkan konsep pekaan skrin sentuh yang benar-benar tepat dan terperinci.

Apa yang menarik juga, port USB digantikan dengan MagPort, sambungan kuasa menggunakan magnetik untuk mengecas dan memindah data.

APEX 2019 juga menggunakan teknologi Body SoundCasting untuk speaker yang mana ia tidak memaparkan mana-mana lubang untuk pembesar suara kerana audio datang dari sistem getaran.

APEX 2018 akan menggunakan Qualcomm Snapdragon 855 platform dengan kapasiti RAM dan storan 12GB+256GB.

Kekuatannya juga pada tontonan video dan bermain game namun ciri tersebut akan dipertontonkan dengan lebih jelas pada bulan depan. 


Apa komen anda?