VIVO NEX Dual Display dah boleh ditempah

Vivo NEX Dual Display kini boleh dipra-tempah di Malaysia pada harga RM3,199

Edisi terbaru Vivo NEX Dual Display akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Vivo Malaysia
telahpun mengumumkan yang pra-tempahan telefon pintar dengan dwi skrin terbaru itu
dijangka tiba dalam masa kurang dua minggu lagi dan anda sudah boleh menempah
peranti anda.

Mobile2Go kini menerima pra-tempahan peranti itu yang berharga RM3,199. Satu
sumber mengatakan, telefon pintar itu akan mula didapati pada 10 Januari 2019 nanti.
Menurut Mobile2Go, peranti itu hadir dengan jaminan selama setahun yang ditawarkan
mereka sendiri – menunjukkan ia peranti yang diimport dari luar. Tetapi apa yang
mengejutkan, DirectD turut menawarkan peranti sama pada harga serupa tetapi
mendakwa ia hadir dengan jaminan oleh Vivo Malaysia.

Dari segi spesifikasi, Vivo NEX Dual Display dilengkapi dengan dwi skrin. Skrin utama di
bahagian depan menggunakan paparan penuh HD bersaiz 6.39 inci manakala skrin
kedua di bahagian belakang juga HD dan bersaiz 5.49 inci. Skrin di bahagian hadapan
hadir dengan pengimbas cap jari secara dalam paparan. Ia dikuasakan oleh cip
pemproses Snapdragon 845 dengan memori 10GB dan storan 128GB.

NEX Double Display menggunakan tri-kamera di bahagian belakang, yang terdiri
daripada kamera utama 12MP dengan 4-axis OIS, kamera kedua 2MP ketiga Kamera
ToF 3D. Peranti ini mempunyai bateri berkapasiti 3,500mAh dan menggunakan sistem
operasi Android 9 Pie.

VIVO NEX Dual Display