Sony sendiri terkejut dengan jualan PS4

Share Button

Sony Interactive Entertainment Hong Kong Limited Singapore Branch (SIES) hari ini mengumumkan pencapaian jualan terbaru PlayStation 4 (PS4) yang menakjubkan.

PS4 kini dijual secara keseluruhan lebih 91.6 juta unit di seluruh dunia pada 31 Disember 2018.

Daripada jumlah terbabit, PS4 telah dijual lebih 5.6 juta unit ketika musim cuti tahun lalu.

Selain itu, lebih 50.7 juta permainan PS4 dijual di seluruh dunia ketika musim cuti, yang merangkumi sehingga 876 juta permainan yang dijual secara kumulatif di seluruh dunia pada 31 Disember 2018.

Spider-Man Marvel yang dilancarkan pada September 2018, dijual secara kumulatif lebih 9 juta salinan di seluruh dunia pada 25 November 2018.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sony Interactive Entertainment, John Kodera berkata: “Terima kasih atas sokongan berterusan peminat kami ketika musim cuti, kami dengan sukacitanya mengumumkan PS4 telah dijual 91.6 juta unit di seluruh dunia. Kami turut berbesar hati mengumumkan yang pengguna aktif bulanan PlayStation Network
terus menunjukkan pertumbuhan yang kukuh dan melepasi 90 juta pengguna pada akhir November 2018.

“Saya turut ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan kerjasama kami kerana membantu dalam mencapai kejayaan ini. Tahun ini, kami akan memberikan lebih banyak peningkatan untuk peminat PS4. SIE akan terus berkembang dan meningkatkan platform ini untuk memberikan pengalaman hiburan interaktif terbaik kepada dunia.”

Apa komen anda?