REVIU: ASUS VivoBook S15, laptop yang tak kena dengan nilainya

Oleh Afiq

Siri VivoBook adalah rangkaian komputer riba ASUS yang paling berpatutan tetapi menawarkan ciri-ciri premium yang selalunya ada pada laptop mahal lebih daripada biasa.

VivoBookS15 menawarkan bezel Nano Edge yang nipis dan moden untuk mendapatkan nisbah skrin ke badan sebanyak 86 peratus. Selain itu ia mempunyai reka bentuk engsel Ergolift yang membantu mengekalkan suhu dan mengipas ke tahap maksimum.

Bahagian laptop VivoBook S15 apabila dibuka


VivoBook S15 dibina menggunakan komponen yang tidak akan membuatkan anda teragak-agak dengan kebolehannya. Ini kerana ia dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core i5 generasi ke-8.Dengan adanya gabungan NVIDIA MX 150 memberikan lagi lebih tenaga kepada laptop ini untuk kegunaan ketika gaming.

Dari segi spesifikasi dalaman, Afiq memperoleh VivoBook S15 dengan dikuasakan oleh cip prosesor i5-8250/4GB/1TB+128GB generasi ke-8 dengan grafik sehingga NVIDIA MX150.

S15 juga direka dengan teliti untuk meminimumkan berat dan saiz. Dengan beratnya hanya 1.6kg, menjadikannya ringan dan mudah alih selain mempunyai ukuran ketinggian 18mm.

Menariknya, VivoBook S15 menampilkan lima pilihan warna terang dan bergaya iaitu Firmament Green, Star Grey, Silver Blue, Gun Metal dan Icicle Gold dengan beberapa kemasan bertekstur yang membolehkan pengguna meluahkan keperibadian mereka sepenuhnya.

Pengguna teknologi engsel Ergolift pada komputer riba ini membolehkan anda melaraskan sudut skrin dengan lebih kukuh, selain boleh mengangkat papan kekunci laptop 3.5 darjah untuk mendapatkan kedudukan ketika menaip yang selesa. Bukan itu saja, turut membantu mewujudkan ruang tambahan di bawah untuk mengekalkan suhu dan mengurangkan bunyi kipas sehingga 2.5 darjah dan 3db.

Ia turut mempunyai pelbagai port yang selamat supaya anda tidak perlu risau mengenai penggunaan adapterdari satu tempat ke tempat lain.

Antara port yang terdapat pada S15 termasuk tiga port USB Type-A, satu port USB Type-C, satuport HDMI bersaiz penuh, port audio yang boleh berfungsi untuk fonkepala dan mikrofon serta pembaca kad MicroSD.

VivoBook S15 hadir dengan skrin Penuh HD 1920 x 1080 jenis IPS yang dirangka oleh bezel ultra-nipis selebar hanya 6.3mm, secara tidak langsung memberikan laptop itu sehingga 86 peratus nisbah skrin ke badan dankeluasan sudut tontonan sebanyak 178° supaya video boleh ditonton bersama rakan atau sambil baring mengiring di atas sofa.

Dari segi kualiti videonya, ia telah dipertingkatkan dengan teknologi ASUSTru2Life Video yang menganalisis setiap piksel dalam setia frame video untuk meningkatkan kontras, ketajaman dan kelancaran apabila ia dimainkan semula.

Seperti laptop ASUS lain, VivoBook S15/ S14dilengkapi ASUS Splendid Technology yang merupakan perisian kawalanpaparan proprietari yang mengoptimumkan pengalaman menonton video melalui ciri-ciri ini:

Menghasilkan warna yang tepat dan nampak seakan hidup dengan mengawalwarna melalui teknologi panel dan perisian sistembaru.

Secara automatik menyesuaikan imej untuk memberikan warna lebih tepat dan mengelak imej dengan suhu melampau.

Meningkatkan permainan video danproduktiviti anda dengan VivoBook S15 memang elok sangat. VivoBookS15 hadir dengan grafik sehingga NVIDIA GeForce MX 150 yang membantukesemua ciri di atas sempurna. MX 130 memberikan prestasi tiga kalilebih baik daripada grafik bersepadu sementara MX 150 pula memberikanprestasi sehingga empat kali lebih bagus.

Papan kekunci backlit yang selesa pada mesin ini dibantu 1.4mm key travel untuk menaip lebih lama dengan selesa di atas papan kekunci bersaiz penuh yang dibina secara ergonomik. Engsel Ergolift secara automatik mengangkatnya ke suduh menaip yang selesa iaitu selain memberikan
kedudukan natural yang kukuh. Menaip dalam gelap juga tidak menjadi masalah dengan adanya lampu latar.

Pad sentuh VivoBook S15 yang luas itu sangat licin untuk disentuh kerana iamempunyai salutan kaca. Ia turut menyokong pad sentuh dan memasukkan pelbagai gerak isyarat Window 10 sehingga empat gerakan jari, secara tidak langsung memudahkan pengguna untuk menukar aplikasi atau skrin.

Pad sentuh itu juga menyokong pengecaman tulisan tangan serta menambah satu lagi pilihan mudah untuk pengguna memasukkan teks.

Pengimbas cap jari yang dipasang pada sudut kanan di atas pad sentuh itu berfungsi dengan ciri log masukkeselamatan Windows 10 ‘Hello.’ Ini membolehkan pengguna dengan cepatdan mudah log masuk dan membuka kunci PC dengan mudah menggunakan cap jari. Ia ciri yang penting untuk memastikan keselamatan data pemiliknya.

Sokongan Far Field Cortana juga menentukan ciri unik pada laptop ini. VivoBook S15 kini mempunyai sokongan far field untuk Cortana, di mana anda boleh memberi arahan kepada Cortana sejauh 4 meter.

ASUS SonicMaster adalah gabungan teknologi perkakas, perisian dan pelarasan yang dibangunkan untuk memberikan audio terbaik.

VivoBook S15 mempunyai sistem pelarasan video canggih dikenali sebagai ASUS Tru2Life Video Technology yangberfungsi seperti TV mahal. ASUS Tru2Life Video meningkatkan kejelasan, warna dan kontras dalam video dengan memintas isyarat imej serta video yang dihantar ke panel sebelum menganalisis setiap piksel dalam setiap frame untuk mengoptimumkannya sebelum dihantar ke frame untuk dipaparkan.

Ia bertindak seperti penyunting video profesional yang meningkatkan setiap frame video serta merta sebelum membiarkan anda menontonya! Sekali gus menghasilkan video yang berwarna-warni, cerah, tajam dan dengan peningkatan dalam kontras sehingga 150 peratus.

Pada harga RM2,999 dengan spesifikasi seperti di atas, Afiq boleh katakan ia laptop yang sangat berbaloi.

Cuma satu saja, Sam belum cuba bermain PUBG pada laptop ini namun secara kasarnya, Sam rasa ia tidak akanmendatangkan masalah dengan paparan dan lag.

Seperti tajuk artikel ini, ASUS VivoBook S15, laptop yang tak kena dengan nilainya kerana ia patut lebih MAHAL dan bukannya murah seperti harga sekarang.