Orang Melaka untung lagi

Penduduk Jasin di Melaka bermula hariini akan dapat menikmati sambungan jalur lebar oleh Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) bersama tawaran kandungan hebat.

Tawaranitu yang menyediakan sambungan Internet serta kandungan terbaikkepada penduduk kampung berkenaan adalah sebahagian daripada sokonganAstro terhadap Pelan Sambungan dan Fiber Negara (NFCP) Kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan berkataAstro berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada NFCP dan akan menyediakan pakej jalur lebar terbaru serta tawaran kandungan hebat kami kepada pelanggan.

Menurutnya, pakej itu membenarkan pelanggan menikmati rancangan kegemaran mereka melalui set-topbox (STB) atau peranti penyambung seperti telefon mudah alih dantablet.

Ia akan menjadi projek printis yang menyasarkan kira-kira 1,100 rumah di kawasan yang meliputi 92 peratus pelanggannya termasuk NJOI. Tawaran itu akan menjadi pakej berkelajuan tinggi yang cekap bagi setiap pemilik rumah yang layak, di mana Astro menawarkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan 50Mbps dan 100Mbps pada harga istimewa iaitu RM99 hingga RM129 mulai 1 Februari nanti.



Bayaran ini termasuk kandungan Family Pack yang mempunyai lebih 40 saluran termasuk Astro Ria, Astro Prima, AstroArena, Astro Awani, Astro AEC, Astro Xiao Tai Yang, NatGeo WILD dan FOXlife. Projek perintis tawaran jalur lebar bermula 8 hingga 31 Januari nanti akan mengandungi:

– Pratonton saluran percumadan akses jalur lebar percuma untuk bulan Januari ada kadar pakej semasa untuk pelanggan Astro berdaftar.

– Naik taraf kepada Family Pack dan akses jalur lebar percuma pada bulan Januari untuk pelanggan NJOI yang berdaftar.

Tawaran dari Astro ini sangat unik kerana ia bukan saja memenuhi gaya hidup sesebuah keluarga tetapi juga individu yang memerlukan maklumat, hiburan dan mahu kekal disambung.


Sebaik saja disambungkan, pelanggan akan dapat mengakses hiburan tempatan dan antarabangsa terbaik, program pendidikan kanak-kanak, animasi, sukan secara langsung termasuk eSukan dan kandungan yang mendapat permintaan secara selesa di rumah mereka. Dengan ribuan pilihan untuk dipilih, pelanggan juga boleh mengakses filem terbaru menerusi On Demand.


Astro akan menghubungi pelanggan yang layak di Jasin untuk promosi istimewa ini yang sah sehingga 31 Januari saja.

%d bloggers like this: