Oppo bakal hadir dengan lensa boleh zum 10 kali, gambar tak pecah

OPPO Memperlihatkan Teknologi Kamera dengan Zoom sehingga 10x

Pada Persidangan Komunikasi Teknologi Masa Depan 2019 baru-baru ini OPPO telah memperkenalkan inovasi terbarunya, kamera dengan zoom optikal sehingga 10x. Menurut jurucakapnya, teknologi itu memenuhi piawaian komersial dan sedia untuk dikeluarkan dalam jumlah yang banyak.

Melalui teknologi terbaru itu, OPPO menunjukkan cara penggunaan tri-kamera yang terdiri daripada Sudut Ultra Lebar, Master Ultra Jelas dan Telefoto. Bercakap pada persidangan itu, jurucakap OPPO memberitahu kamera sudut ultra lebar terbabit mempunyai julat fokus bersamaan dengan 15.9mm – secara tidak langsung memberikan keupayaan unik kepada sudut lebar viewfinder.

Ketiga-tiga kamera itu beroperasi secara seiring untuk memaksimumkan kelebihan masing-masing selain mengoptimumkan kualiti pengimejan pada pelbagai julat zoom untuk mencapai 10x zoom dalam cara relay. Untuk mengekalkan kualiti imej di semua julat, OPPO memperkenalkan penstabil imej optikal dwi IOS untuk kedua-dua kamera standard dan telefoto.

Sebagai tambahan kepada struktur tri-kamera itu, struktur periskop juga amat penting untuk mencapai 10x zoom yang mana ia menggunakan sepenuhnya kelebaran dan ketebalan pada peranti melalui susunan literal dan pembiasan set lensa. Peranti itu turut boleh menggunakan komponen optik yang lebih besar bagi memastikan badan telefon itu nipis dan ringan supaya ia mempunyai keupayaan untuk merakam telefoto.

Di samping itu, OPPO menggunakan ujian kejatuhan tahap penanda aras industri untuk memastikan modul kameranya boleh dipercayai. Antaranya, bahagian prisma mengalami dua pusing ujian kejatuhan dengan setiap pusingan dibuat 10,000 kali pada bahagian depan dan belakang, sementara 2,000 kali lagi pada empat bahagian yang tinggal – menjadikan jumlah ujian kejatuhan dibuat 28,000 kali.

Sebagai kejutan terakhir pada persidangan itu, OPPO turut memperkenalkan teknologi pengimbas cap jari menggunakan ruang permukaan lebih luas pada skrin – yang mampu mengimbas di kawasan skrin sehingga 15 kali secara efektif.

Pengguna boleh membuka kekunci dan menggunakan cap jari di mana mana saja kawasan di skrin itu. Selain fleksibel, bebas dan interaktif, sensor cap jari optik pada skrin itu turut memberikan pengalaman yang mudah, semulajadi serta tepat kepada penggunannya.

Menariknya, teknologi itu mampu mengesahkan dua cap jari berbeza pada waktu yang sama – secara tidak langsung menawarkan kadar sekuriti yang lebih baik. Tambahan itu, turut menggabungkan ciri Optical Encryption.

Berbeza dengan operasi dua langkah tradisional di mana pengguna perlukan mengaktifkan aplikasiitu sebelum boleh membuka kekunci, semua aplikasi dalam Kawasan Optical Encryption boleh diaktifkan, disahkan dan dibuka dengan hanya satu klik saja.

Kedua-dua teknologi terbru dari OPPO itu akan diperlihatkan dengan lebih lanjut pada MWC 209 di Barcelona nanti.