Huawei Nova 4, ‘boek’ atau tak?

Huawei bakal menawarkan kamera 48 megapiksel dalam salah satu lensanya pada model Nova 4 baru.

Huawei Nova 4 akan dilancarkan pada 16 Januari ini di Kuala Lumpur dengan pra tempahan seminggu bermula tarikh tersebut.

Nova 4 baru mempunyai skrin 6.4 inci 1080 x 2310 piksel dengan set cip Hisilicon Kirin 970 (10nm), Octa-core (4×2.4 GHz Cortex-A73 & 4×1.8 GHz Cortex-A53).

Menggunakan Android 9.0, Nova 4 mempunyai RAM 8GB dengan storan 128GB.

Pada harga kurang RM2,000 kameranya lengkap lensa 48MP (f1.8), 16MP (f2.2) dan 2MP (f2.4).

Manakala kamera depannya pula 25MP (f2.0) dan seperti telefon modern sekarang, Nova mempunyai USB-C serta caj pantas 9V/2A 18W.

Sudah pasti, ia mempunyai bateri 3750mAh membolehkannya tahan lama.