Honor View20, kamera 48 megapiksel, macam…

Kalau bajet menjadi penghalang kepada niat membeli telefon dengan kebanyakan flagship berharga minimum pun RM3,000, ada alternatif yang boleh diteroka, Honor View20.

Ada yang memanggilnya V20 dan ada yang memanggilnya View20. Keduanya tak sama kerana, View20 saja digunapakai.

Berbalik kepada Honor View20, kosnya separuh daripada iPhone XS (berharga minimum RM5,149) – sebenarnya lebih dari separuh harganya tapi mungkin anda memiliki sesuatu yang ok mengikut harga nilai tersebut.

Honor View20 yang berharga RM1,999 untuk versi 6GB+128GB manakala satu lagi versi berharga RM2,499 bagi 8GB+256GB mempunyai ciri paling berkuasa dalam model Honor itu sendiri dan ia berikutan fon AI terkini ditawarkan selepas Honor 10.

Storannya sangat besar, 128GB dan 256GB dengan RAM 6GB atau 8GB yang kemudian mempunyai CPU Kirin paling tinggi, Kirin 980.

Rekaannya sudah menghampiri skrin tanpa sempadan. Maklumlah nama penuh View20 pun sebenarnya FullView.

Aluminium di belakang dengan corak dan warna kemasan fon yang agak menarik bagi Honor View20. Sekali pandang, nampak dah cantik!

Pada 7mm nipis, ia agak selesa ketika Afiq masukkan dalam poket manakala dwi kamera di belakang tidak tersembul keluar yang bukan isu besar. Lebih kurang sama lensa iPhone 6S dulu.

Mungkin pertama kali juga Sam mencuba produk Honor yang mempunyai sambungan USB-C. Ia juga mempunyai dua slot kad macam biasa, satu untuk SIM dan satu lagi slot pilihan bagi SIM atau kad microSD.

Skrin 6.4 inci memang cukup lebar ketika menonton.

Kamera pula 48MP+2MP dengan apertur manakala kamera depan pula 25MP jenis PDAF.

Terdapat pengimbas cap jari di belakang namun menariknya, fungsi face lock boleh terus dipakai apabila anda menggunakan fon ini yang turut beroperasi pada Android 9.0 dan EMUI 9.0.

Baterinya berkapasiti 4000mAh.

Ia akan mula dijual pada 26 Januari ini pada 10 pagi di One Utama. 200 pembeli pertama akan menerima jam Watch Magic berharga RM599. 

Bagi versi 6/128, warna yang ditawarkan ialah Midnight Black dan Sapphire Blue.

Manakala Phantom Blue edisi khas dengan kerjasama fesyen, Moschino khusus untuk versi 8/256.

Warna merah juga boleh didapati namun bukan dalam masa terdekat.