Harga, warna dan kesediaan Huawei nova 4 dan kenapa anda perlu membelinya

Share Button

Oleh Afiq

Tahun 2019 membuka tirai dengan pengenalan Huawei nova 4.

Huawei nova 4 menjadi titik hebat dengan empat kamera (satu di depan dan tiga lagi di belakang atau 3+1) yang menarik minat pengguna sebaik saja ia berada di rak jualan.Ia berbeza dengan nova 3 sebelum ini yang mempunyai formula kamera2+2.

Resolusi kamera belakang ialah 20MP (kamera utama, 16MP (kamera sudut luas) dan 2MP (bokeh).

Paling menonjol, kamera depan 25 megapiksel juga kamera terkecil pada telefon pintar dengan diameter hanya 3.05mm.

RAM 8GB dan ROM 128GB menjadi nadi kepada Huawei nova 4 ini kerana ia sangat besar bagi kategori terbabit.

Huawei nova 4 dijual pada harga RM1,899 sekarang.

Bagi kategori pemprosesan pula, setiap fon mempunyai kuasa perkomputeran yang cukup untuk aktiviti yang kita lakukan setiap hari seperti menonton video, melayari rangkaian sosial dan bermain game yang bersaiz sederhana bukan masalah.

Huawei nova 4 mempunyai pemprosesan tinggi Kirin 970 octa-core (4 x 2.36 GHz dan 4 x 1.8 GHz). Sehingga kini, maklum balas pengguna tentang kelancarannya agak bagus.

Lagipun, Huawei juga membangunkan pemprosesan mudah alih pertama, Kirin 970 dengan modul kecerdasan pintar (AI) dan pembangunan teknologi semakin berkembang setiap hari jadi imej anda akan diproses menggunakan Kirin 970 yang laju berbanding dua lagi fon terbabit.

Sudah pasti, notch yang ada membantu pada saiz skrin yang meluaskan skrin terbabit untuk sudut pandang lebih besar.

Kalau anda tidak menyukai notch yang ada, Rekaan simetrik nova 4 dengan bezel kecil di atas dan bawah mungkin sesuai dengan cita rasa anda.

Ia mempunyai paparan 6.4 inci yang juga memaparkan skrin keseluruhan 91.8% berbanding muka depan fon yangada.

Pada AI Selfie juga, ia akan mengesan objek seperti langit biru, pantai, tumbuhan, bunga, salji, persembahan pentas, malam dan bilik jadi tak perlulah sunting sini-sana untuk swafoto yang sempurna, hanya satu klik untuk Nova 4, kan senang tu.

Dengan skrin definisi tinggi, pastinya anda risau mengenai penggunaan bateri. Berapa lama fon boleh bertahan tanpa perlu dicas semula atau dipasang dengan powerbank? Nova 4 dikuasakan bateri 3750mAh.

Ujian menunjukkan ia mampu bersedia sehingga lapan jam.

Dengan Kirin 970 Smart Power Saving pula, ia membenarkan jangka hayat bateri lebih lama iaitu seharian jadi tidak perlu untuk ‘flash charge’ setiap empat atau lima jam kerana Nova 4 saja sudah tahan sehari.

Siapa kata fon peringkat pertengahan tidak bagus?

Bagi yang minat membeli, anda boleh layari shop.huawei.com/my untuk Nova 4 bermula hari ini dengan warna hitam, biru, merah atau putih.

Meskipun terdapat satu lagi versi kamera utama dengan resolusi menjangkau 48 megapiksel, ia masih lagi belum didapati di Malaysia.

Apa komen anda?