Cara mudah menang RM5,888 dengan VIVO

Share Button

Vivo Malaysia rai kedatangan Tahun Baru Cina ini dengan ‘Golden
Surprise.’ Bermula dari 19 Januari hingga 6 Februari, anda mungkin
berpeluang untuk memenangi barang kemas atau wang tunai dengan
pembelian mana-mana model telefon pintar Vivo. Anda boleh membeli
telefon pintar Vivo anda di semua Kedai Konsep Vivo, pengedar sah,
rakan kerjasama dan secara dalam talian di Lazada, Shopee, 11 Street,
Lmall dan di http://www.vivostore.com.my.

Langkah mudah untuk diikuti:

  1. Beli sebarang model telefon pintar Vivo di mana-mana cawangan kedai
    Vivo.
  2. Daftar pembelian anda dan isi borang untuk melayakkan anda
    menyertai Cabutan Bertuah.
  3. Dan anda mungkin berpeluang memenangi hadiah utama serta banyak
    lagi hadiah lain dari Vivo.
    Jangan risau, anda boleh mengetahui keputusan cabutan bertuah serta-
    merta!

Vivo V11 dijual pada harga RM1,699 dan hadir dengan teknologi
Pengimbas Cap Jari Dalam Paparan yang dapat memudahkan anda
membuka kekunci melalui skrin. Ia dilengkapi dengan Skrin Paparan
Super AMOLED dan Paparan Penuh Halo. V11 menggunakan pemproses
Snapdragon 660 AIE bersama 6GB memori dan storan sebesar 128GB.

Vivo V11i, telefon pintar dengan teknologi kamera AI pula dijual pada
harga RM1,099. Ia mempunyai gabungan kamera belakang 16MP + 5MP.
Selain hadir dengan 4GB memori dan 128GB storan, ia juga dilengkapi
teknologi Pengecasan Pantas untuk pengecas bateri dengan cepat.

Comments

Apa komen anda?