Anda pengguna iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR? Ini aksesori terkini yang patut ada

Apple hadir dengan Case Bateri Pintar untuk iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR

Apple sering muncul dengan aksesori baru untuk pengguna setianya, dan yang terbaru ia hadir dengan Case Bateri Pintar untuk iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR – sesuai untuk situasi di mana pengguna memerlukan bateri sokongan, terutamanya apabila melancong.

Menariknya, Case Bateri Pintar ini menampilkan sokongan pengecasan Qi untuk membolehkan pengguna mengecas iPhone atau kerangka bateri secara berasingan atau serentak tanpa wayar.

Dari segi reka bentuknya, Case Bateri Pintar didatangkan dengan lapisan microfiber lembut dan silikon di bahagian luar bagi melindungi iPhone daripada tercalar atau ketika terjatuh.

Rekaan engsel elastomer yang lembut juga memudahkan untuk kerangka itu dimasukkan atau dibuka.

Case Bateri Pintar untuk iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR boleh didapati mulai hari ini pada harga RM539 setiap satu. Semua kerangka terdapat dalam warna hitam dan putih.