3 gajet serangkai yang patut anda beli

Tahukah anda model yang relevan sekarang? Jawapannya pada tiga gajet berlainan.

Huawei mengeluarkan tiga model, fon Mate 20 Pro, laptop Matebook X Pro dan jam pintar Watch GT.

Mate 20 Pro menang dari aspek rekaan yang cantic ditambah pada Twilight dan ‘Emerald Green (hijau). Semestinya kerana Huawei memang dikenali dengan reka bentuk dan teknologi.

Seperti peranti yang sebelumnya, ketiga model tersebut meskipun berbeza segmen menggabungkan kesenian dan teknologi mudah alih terhebat untuk menghasilkan pengalaman berbeza kepada penggunanya.

Sudah pasti dikenali dengan Twilight, Aurora Borealis yang juga disebut sebagai ‘Cahaya Utara’ adalah salah satu pemandangan yang paling menakjubkan di dunia.

Emerald Green pula satu paparan menarik dan pencahayaan dramatik yang mempesonakan sesiapa saja yang melihatnya.

Huawei membawa fenomena semula jadi yang mengagumkan ini ke tangan pengguna dalam bentuk skim warna telefon pintar.

Uniknya, Huawei menjadi satu-satunya pengeluar fon yang melancarkan warna cantik dalam sebuah model.

Telefon Mate 20 Pro kelihatan seolah-olah kamera digital apabila dilihat dari bahagian belakang.

Rekaan bahagian belakang telefon Mate 20 Pro yang terdiri daripada sistem kamera dan panel belakang mematuhi nisbah paling padan untuk menghasilkan rekaan yang minimalis serta anggun.

Dengan tiga kamera bahagian tengah atas belakang diperuntukkan manakala yang lainnya dibiarkan kosong untuk menampakkan sinaran warna gradien.

Rekaan telefon bersiri Mate 20 Pro adalah berasaskan peraturan reka bentuk yang paling klasik iaitu simetri. Bentuk simetri melambangkan keharmonian dan menarik dipandang.

Huawei Mate 20 Pro datang dengan kamera yang mengesan persekitaran secara AI dengan lensa Leica yang ultra luas malah teknologi pertama diperkenalkan dengan memperkenalkan video berasaskan AI Potrait.

Ia juga mempunyai kelengkapan Huawei HIVision yang menawarkan pengguna keupayaan panduan kesihatan termasuk pemantau kalori.

Untuk bateri, nasib baik wujud SuperCharge 2.0 yang membolehkan cas pantas sebanyak 70 peratus dalam masa 30 minit saja selain teknologi ‘Wireless Reverse Charging’ yang memungkinkannya mengecas telefon lain pula dengan bateri 4200mAh.

Setiap pengguna Huawei Mate 20 Pro ini layak untuk VIP Privileges untuk mendapatkan ganjaran lain daripada

Malaysia Airline, Sheraton Imperial Group, Aerocentric, Plaza Premium Lounge, Auto Bavaria dan banyak lagi.

Matebook X Pro menjadi laptop yang sangat menawan dari aspek rekaan apabila ia mempunyai paparan boleh sentuh FullView dengan nisbah badan-skrin menjangkau 91 peratus bermakna ia cukup mempamerkan kandungan dengan lebih padat dalam skrin.

Berasaskan paparan jenis 3K, sudah pasti anda layak memboleh visual menakjubkan tidak kira apa yang dilakukan sama ada kerja atau hiburan.

Rekaan Matebook X Pro berasaskan unibodi metalik yang sangat ultra slim iaitu senipis 14.6mm saja dengan berat 1.33kg

Spesifikasi yang mengagumkan pula menunjukkan kesesuaian kepada penggunaan aktif kepada pereka atau kaki game.

Bagaimana pula dengan Huaweu Watch GT? Jam ini mempunyai jangka hayat bateri selama dua minggu dengan sekali cas.

Malah, kadar pengesan jantungnya pun memang tepat dengan TruSeen 3.0 bersama tiga kedudukan satelit untuk hasil lebih pantas dan tepat.

Ia juga boleh dibawa masuk dalam kolam renang berasakan 5ATM.

Gabungkan ketiga-tiga gajet ini dan ia melengkapkan hidup anda serta menambah tahap produktiviti yang mengagumkan memandangkan ketiga-tiganya juga mempunyai jangka hayat bateri lama dan rekaan yang sangat berkelas.

Bukan itu saja, ia berpeluang memberikan gaya hidup baru dengan menambah nilai sihat dalam aktiviti anda.