VIVO Y95, model fon bawah RM1k

Bagaimana memperoleh telefon pintar harga bawah RM1,000 tapi ok?

Di Lazada, model VIVO Y95 dijual denganharga RM999.

Peranti yang hadir dengan paparan penuh Halo 6.22inci itu mempunyai nisbah skrin ke badan sehingga 88.6 peratus.Teknolog kamera yang digunakan juga mampu memancarkan kehangatan dankeindahan dunia.

Dengan adanya cip pemproses QualcommSnapdragon dan 4GB memori, Y95 boleh menjalankan pelbagai aplikasi dengan senang. Manakala storan sehingga 64GB memberikan kebebasan yang mencukupi kepada anda untuk menyimpan apa saja yang diingini tanpa perlu risau. Ia juga menggunakan bateri berkapasiti 4030mAh yang dilengkapi dengan sistem pengurusan kuasa yang eksklusif dan pintar.

Kamera hadapannya pula 20 megapiksel dan dilengkapi teknologi AI yang mampu mengesan umur, jantina, warna dan tekstur kulit serta cahaya persekitaran untuk melakukan penambahan pada wajah secara automatik tanpa menggerakkan jari anda.

Y95 boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu, Starry Black dan Aurora Red.