VIVO lebar sayap di Sunway Pyramid

Share Button

Syarikat pengeluar telefon, VIVO membuka stor konsep pertama mereka di pusat beli belah Sunway Pyramid, Petaling Jaya.

Pelancaran stor konsep terbabit menjadi pusat sehenti yang bukan saja mempamerkan telefon pintar VIVO, tetapi pusat servis selepas jualan.

Pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai aksesori VIVO seperti powerbank, kasing, fon telinga, dan banyak lagi.

Pembukaan stor konsep ini adalah salah satu langkah utama VIVO untuk mencapai sasaran mereka menjadi jenama yang dikenali dan dipercayai ramai.

Selepas ini, VIVO menyasarkan untukmembuka lebih banyak kedai di sekitar Malaysia yang turut beroperasisebagai pusat servis sehenti, memberikan perkhidmatan profesionalselepas jualan.

Apa komen anda?