Vivo jual fon terbanyak Q3 tahun ini

Share Button

Penyelidikan Counterpoint melaporkan penyeledikan untuk hasil pasaran suku tiga (Q3) di Asia dan jenama telefon pintar China, Vivo berada dalam senarai lima teratas yang menjual telefon paling banyak pada Q3. Vivo meraih keputusan luar biasa sama dengan Huawei.

Selain mencatat 15 peratus pangsa pasar di Asia, Organisasi penyelidikan pemasaran SANOFI baru-baru ini mengumumkan Vivo turut menduduki tempat pertama di China Smartphone Market Q3 dengan prestasi telefon pintar yang bagus.

Walaupun keseluruhan keputusan China Smartphone Market Q3 jatuh, lima jenama teratas itu masih mempunyai kadar pertumbuhan ketara dalam pasaran Q3. Vivo mencapai jualan paling banyak dengan 20 juta unit telefon pintar.

Kebanyakan jenama telefon pintar mengalami kejatuhan jualan pada Q3, tetapi Vivo masih dapat mengekalkan pertumbuhannya dengan kemunculan model NEX – telefon pintar pertama di dunia dengan kamera hadapan yang boleh laras.

Apa komen anda?