Telefon mesra belia, Realme C1 habis, jangan risau tarikh jualan baru ada dalam artikel ini

Share Button

Realme, antara jenama paling pesat berkembang di Malaysia yang menyasarkan golongan belia dan remaja meluaskan pengaruhnya dalam pasaran tempatan apabila 700 unit Realme C1 berjaya dijual dalam tempoh hanya 30 minit ketika jualan murah kali kedua di LAZADA.

Jualan online yang berlangsung baru-baru ini itu menberikan gelaran ‘Entry-level King’ kepada Realme C1 apabila berjaya membuatkan peminat teruja dan berebut untuk mendapatkan peranti itu pada harga mesra belia iaitu RM399!

“Kami menyedari jenama Realme berkembang semakin kuat sejak pelancaran rasmi kami di Malaysia kurang dari sebulan lalu. Walaupun kami melihat kejayaan luar biasa pada model Realme 2 Pro dan Realme 2, peranti terbaru ini juga tidak kurang hebatnya. Pasukan kami di Realme kagum dengan sokongan diberikan rakyat Malaysia dan kami sangat gembiran dengan hasil dicapai pada hari ini di LAZADA,” kata Pengurus Jenama Realme Malaysia, Tiffany Teh.

Ketua Unit Mobile LAZADA Malaysia, Kenneth Khor turut berkata: “Jualan murah kedua Realme C1 di LAZADA membuatkan pasukan kami sentiasa peka untuk menjangkakan hasil jualan luar biasa yang kami yakin dapat dicapai. Menjual 70 unit dalam tempoh 30 minit adalah sesuatu yang mengejutkan dan kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripadanya. Kami tidak sabar untuk acara jualan seterusnya bagi memberikan lebih kepelbagaian kepada rakyat Malaysia.”

Realme C1 merupakan kombinasi unik kuasa, prestasi dan harga mamu milik yang menjadikannya antara telefon pintar paling diingini di pasaran. Peranti itu terjual sebanyak 1,000 unit ketika jualan murah pertama di LAZADA. 

Jualan seterusnya untuk Realme C1 di LAZADA akan berlangsung jam 10 pagi pada 6 Disember nanti dengan harga promosi seperti berikut: 2GB RAM + 16GB ROM – RM399 (harga tetap runcit ialah RM449)

Apa komen anda?