Pengimbas cap jari Vivo menang anugerah inovasi

Share Button

 

Teknologi Pengimbas Cap Jari Dalam Paparan Vivo dianugerahkan antara inovasi terbaik untuk telefon pintar Andorid pada 2018 oleh portal berita teknologi, Android Authority. 

Portal berkenaan memuji Vivo kerana menjadi penyokong terbesar teknologi dan menjadi yang pertama memperkenalkan inovasi canggih ini.

 

Vivo melancarkan teknologi itu hanya dalam setahun dan kini boleh didapati di pasaran peranti terbesar. Vivo berjaya mengorak langkah setapak ke hadapan dalam mencapai 

matlamat utama mereka apabila memasukkan inovasi itu ke dalam X20 Plus UD, diikuti dengan X21 UD, NEX dan V11,

Dengan teknologi itu juga, Vivo melancarkan NEX – telefon pintar pertama di dunia yang hadir dengan kamera boleh laras di hadapan untuk pengalaman lebih menakjubkan. 

Peranti yang tampil dengan paparan Super AMOLED 6.59 inci itu memberikan nisbah aspek 19.3:9 dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 91.24 peratus. Teknologi soundcasting skrinnya menghantar bunyi getaran melalui paparan telefon yang mengandungi sistem pembesar suara tanpa lubangnya kelihatan pada Vivo NEX.

 

Apa komen anda?