OPPO R17 Pro,Menerangi Malammu Tanpa Batasan

Share Button

Ubah skeptikal kamera fon waktu malam

Apabila bercakap mengenai OPPO R17 Pro, Sam akan terus melompat ke fungsi kamera telefon pintar tersebut.

1. Kamera belakang yang amat berkualiti untuk fotografi malam

OPPO R17 Pro mempunyai kamera 12+20 megapiksel di belakang! Kamera utama mengandungi sensor 1 / 2.55 inci IMX362 hasil kerjasama dengan Sony dan bukaan ‘Smart Apertur-nya’ seluas f1.5/f2.4 berdasar situasi yang berbeza, semasa di situasi pencahayaan yang rendah, f1.5 apertur akan digunakan untuk memasukkan lebih banyak cahaya, untuk mencapai tahap fotografi malam yang bercerah dan berstruktur, Inilah Mod Malam Ultra yang dibawa oleh OPPO R17 Pro yang terbaharu ni manakala semasa di tempat pencahayaan yang terang, f2.4 apertur akan digunakan untuk mencapai fotografi yang berseri dan tidak akan terdedah.

Mod Biasa
Mod Malam Ultra
Mod Biasa
Mod Malam Ultra

Sekali gus, pengalaman Sam memang berpuas hati dengan rakaman pada waktu malam dengan sentuhan skrin pantas apabila mahu menyentuh bahagian tertentu objek.

Ketika berada dalam gelap, gambar hebat meskipun situasi kurang cahaya pula, misalnya dalam bilik dengan hanya satu mentol saja, ia berupaya merakam objek dengan baik tanpa ‘noise’ yang jelas kelihatan dengan OIS teknologi ia.

Anda boleh cuba denganMod Malam Ultra yang sangat berkesan jika dibandingkan dengan fon lain.

Rakaman video juga beroperasi dengan baik dan Sam cadangkan anda merakam pada 1080p ke bawah meskipun telefon terbabit mampu merakam pada 4K dengan 30fps.

Kesimpulan penguji bagi penggunaan kamera, anda boleh peroleh lima bintang, sudah tentu hasilnya juga dibantu teknologi Smart Aperture dan OIS pada dwikamera yang membenarkan rakaman pantas.

Selain itu, individu yang menggunakan OPPO R17 Pro, ‘Night Experience Officer’, MinChen dan Chryseis Tan juga berkongsi cerita malam mereka melalui lensa-lensa OPPO R17 Pro. Dengan kamera R17 Pro ni, mereka dapatmerakamkan malam dengan kualiti yang amat bagus.

Bagi MinChen, tanah tumpahnya adalah pandangan yang terindah. Berasal daripada Pulau Pinang, ia adalah sebuah bandar yang ruih-rendah apabila malam kunjung tiba. MinChen amat menikmati pemandangan bandar Pulau Pinang melalui Mod Malam Ultra oleh OPPO R17 Pro. Biasanya bekerja di luar negara, MinChen boleh menggunakan gambar-gambar yang diambil melalui OPPO R17 Pro untuk mengubat kerinduannya terhadap tanah air yang cantik sekali. Anda boleh saksikan sendiri gambarnya diambil semasa MinChen berada di Pulau Pinang:

Selain daripada itu, ‘NightExperience Officer of R17 Pro’Chryseis Tan, anak perempuan oleh Tan Sri Vincent Tan yang juga CEO untuk Kumpulan Berjaya Times Square dan juga Ketua Pemasaran untuk Four Seasons Hotel di Kyoto, Japan.

Beliau juga berkongsi cerita malamnya dengan kawan sementara menikmati pemandangan Kuala Lumpur yang amat cantik dan indah. Beliau juga mengatakan bahawa Malaysia sentiasa akan mempunyai tempat yang luar biasa dalam hatinya. Nak tengok sendiri gambar yang diambil oleh Chryseis Tan dengan OPPO R17 Pro beliau.

2. Hanya dengan sepuluh minit cas, anda sudah boleh mencapai bateri yang 40 peratus

Itulah ditawarkan SuperVOOC yang ada dalam R17 Pro yang sebelum ini yang lagi baik berbanding banyak model telefon kategori sama di pasaran.

Peranti baru ini dijual itu menyokong SuperVOOC Flash Charge yang juga teknologi pertama di dunia dengan keupayaan bukan saja mengecas pantas tetapi selamat meskipun fon sedang digunakan.

Malah, cas SuperVOOC yang mempunyail ima lapisan perlindungan terbabit tidak akan memberi kesan kepada prestasi telefon untuk tempoh lama selain menawarkan kelajuan mengecas pada konfigurasi standard iaitu 5V/4A yang empat kali lebih berkuasa berbanding teknologi cas 5V/2A.

Teknologi cas pantas ini selamat dan tidak akan menyebabkan fon panas ketika cas. Digandingkan dengan pemprosesan cekap tenaga, bateri 3700mAh yang berkapasiti besar ini boleh memberikan masa penggunaan yang lama.

3. Warna Gradien Radiant Mist yang amat mengujakan

Kesan gradien pada rekaan fon ini pun memang hangat direka berasaskan 3D Misted Glass. Semasa memegang pada tangan, badan fon ni memang amat ringan dan senang memegang. Bukan saja cantik, warna gradien juga menyerlahkan si pemakai. Tambahan pula, badan belakang yang cantik ini sebenarnya adalah gelas!

Inovasi tetap ada. Sam mendapati rekaannya banyak membantu meningkatkan kualiti capaian rangkaian.

4. Kamera hadapan 25MP

Jika bercakap kamera depan atau selfie,resolusi 25MP pada f2.0 juga agak mengejutkan apabila menghasilkancgambar yang cantik (bukan pada mod Beautifikasi).

Antara yang Sam paling gemar ialah 2DOmoji yang menukar ekspresi wajah anda ke dalam bentuk animasi. Adaarnab dan macam karektor lain yang kiut.

5. Spesifikasi yang lain-lain

Spesifikasinya, model berkenaan mempunyai kuasa pemprosesan Qualcomm Snapdragon 710, RAM sebanyak 8GB dan storan 128GB.

Ketika membuka telefon ini, anda akan melihat sistem operasi ColorOS 5.2 yang dibangunkan bersama kerangka Android 8.1.

Cip Snapdragon 710 memacu telefon ini dan ia menggunakan skrin AMOLED 6.4 inci, memiliki resolusi HD penuh dan dilindungi gelas Corning Gorilla Glass 6. OPPO R17 Pro jugalah peranti pertama yang menggunakan Corning Gorilla Glass 6.

Setakat penggunaan hingga hari ini, Sam bagi lima bintang dengan Mod Malam Ultra memang benar-benar membantu membuang ‘noise’ dan menjadikan gambar lebih cantik. Selalu lepak mamak meja luar mesti tak boleh gambar-gambar kan? Kali ini tidak lagi.

Apa komen anda?