Masih sempat masuk pertandingan PUBG!

Share Button


VIVO dan PUBG Mobile Malaysia mempunyai tiga lagi pusingan kelayakan PMNC 2018 (PUBG Mobile Malaysia National Championship) pada awal tahun 2019.

Acara yang merupakan pertandingan kebangsaan itu telahpun diadakan di dua bandar utama di negara iniiaitu Johor dan Sabah.

Ini menjadikan PMNC sebagai kejohanan pertama untuk mencapai lima kelayakan sebagai sokongan kepada negara menjadi hab e-Sukan di Asia.

Dengan tema ‘Squad Up,’ Vivo dan PMNC mempromosikan slogan ‘One Squad, On Goal’ yang mengajak semua pemain kompetitif membentuk satu skuad dan mencapai satu matlamat menjadi Juara seterusnya mewakili negara. Selepas empat hari pendaftaran dibuka, terdapat lebih 150 pasukan telah mendaftar dengan jumlah keseluruhan peserta seramai 600 orang.

Pendaftaranboleh dibuat di http://www.pubgmobile.com/MY/PMNC/ .

Butiran baki kelayakan dan Grand Final adalah seperti di bawah:

Kelayakan 3 – Emart Batu Kawa, Sarawak – 6 Januari 2019

Kelayakan 4 & 5 – Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur (12 & 13 Januari 2019)

Akhir – Sunway Velocity Mall,Kuala Lumpur (26 Januari 2019)

“Dengan menganjurkan acara seumpama ini, kami berharap dapat menanam semangat berpasukan dan sinergi bersama dengan intipati jenama Vivo untuk memupuk teknologi, antarabangsa dan fesyen,” kata Ketua Pegawai Eksekutiff Vivo Malaysia, Mike Xu.

Pemenang bagi setiap kelayakan akan bertanding di peringkat akhir untuk menjadi juara. Pertandingan akhir akan berlangsung pada 26 Januari 2019 di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi PUBG Mobile Malaysia National Championship 2018 dan Vivo Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.

Apa komen anda?