Fon 5G sedia pada ini…tapi adakah rangkaiannya pun cukup sedia?

Share Button

5G, teknologi rangkaian terbaru pastinya menjadi topik hangat untuk 2019. Ini kerana ia bukan saja menjadi tema utama dalam pembangunan Internet mudah alih tetapi bakal menjadi ciri paling diingini pada telefon pintar yang akan datang. 

Sebab itulah semua jenama terkemuka bergerak aktif untuk cuba memasukkan teknologi ini pada model masing-masing secepat mungkin.

Baru-baru ini Vivo menunjukkan telefon pintar yang mampu menggunakan teknologi itu pada Simposium Antarabangsa mengenai Teknologi ICT di Beijing, China. Sebagai antara lima jenama telefon pintar terkenal di dunia, pastinya kemunculan model itu mampu menyokong beberapa aplikasi.

Pengarah jabatan Produk Standard Vivo, Zhang Yuan berkata: “Vivo memulakan penyelidikan dan pembangunan rangkaian 5G seawal 2016. Dalam tempoh dua tahun lalu, mereka menghantar lebih 1,500 cadangan teknikal kepada 3GPP.”

Menurut kenyataan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Vivo, penyelidikan dan pembangunan telefon pintar menggunakan teknologi 5G berjalan lancar. Pra-iklan telefon pintar 5G yang pertama akan dilancarkan pada tahun depan dan peranti sebenar akan dilancarkan pada 2020.

Apa komen anda?