CIMB nafi kena godam

CIMB Bank menafikan sistemnya digodam sebaliknya memberi jaminan sistem perbankan onlinenya masih selamat.

Dalam satu kenyataan hari ini, CIMB berkata, pada hujung minggu lalu, pihaknya mengambil langkah memperkenalkan beberapa langkah tambahan untuk meningkatkan keselamatan transaksi CIMBClicks.

“Ketika itu, kami menyelenggara sistem di mana kami boleh menerima kata laluan lebih panjang daripada lapan aksara sehingga 20 aksara.

“Selain itu, kami turut menambah langkah keselamatan reCaptcha ke atas CIMBClicks bagi memastikan pengguna itu bukanlah robot,” katanya.

Jika pengguna masih bermasalah, anda dinasihatkan berhubung pertanyaan lanjut boleh hubungi talian +603 6204 7788