Vivo V11i adalah definisi cantik & berbaloi

Share Button

Vivo mencari cara untuk memenuhi permintaan pelanggan dengan 

memberikan mereka telefon pintar yang sempurna. 

Oleh itu, jenama berkenaan 

mengambil langkah ke hadapan dengan kemunculan Vivo V11i.

Munculnya warna ‘pink’ memang sangat sesuai dengan feminin. ‘Color grading’ memang cantik kepada majoriti wanita di Malaysia ini.

Mari kita lihat secara terperinci spesifikasi penuh peranti ini.

Rekaan dan Paparan Vivo V11i V11i hadir dengan saiz skrin 6.3 inci bersama nisbah aspek 19:9 dan paparan jenis penuh. Selain itu, ia turut menampilkan paparan IPS yang memberikan pengalaman hebat kepada penggunannya.

Di bahagian belakangnya pula, terdapat ciri gabungan warna dan aura yang tidak 

konvensional yang memberikan penggayaan dan kualiti selain menampakkan ia 

sempurna dari depan dan juga belakang. 

Resolusi untuk Vivo V11i adalah 2340 x 

1080 dan memiliki 16 juta warna LCD. Vivo V11i didatangkan dalam warna starry night dan nebula.

Ciri-ciri Kamera V11i

Peranti ini menawarkan sistem dwi kamera 16MP + 5MP yang dilengkapi teknologi AI. Manakala kamera di bahagian hadapannya pula mempunyai resolusi 25MP yang prestasinya pasti tidak akan mengecewakan. 

Perkakasan dan prestasi

Vivo V11i menggunakan cip pemroses 2.0 GHz Octa-core AI generasi baru untuk prestasi yang super hebat. Dengan memori 4GB dan storan sebesar 128GB, kehebatan prestasi peranti ini tidak dapat dinafikan lagi. 

Rangkaian dan Sambungan

V11i hadir dengan teknologi dwi SIM. Peranti ini boleh menggunakan 4G VoLTE dan Wifi. Selain itu ia juga dilengkapi Bluetooth 5.0 terkini, GPS dan port microUSB 2.0.

Jangka hayat bateri

Bateri ini mempunyai bateri sebesar 3315 mAh yang apabila setiap kali hayat bateri berkurangan dapat ditingkatkan dengan teknologi pengecasan pantas. Jadi 

pengguna tidak perlu menghabiskan banyak masa untuk mengecas dan mempunyai lebih banyak masa menggunakannya. 

Harga dan Ketersediaan

Harga untuk Vivo V11i hanyalah RM1,299 dan telah dilancarkan. Sememangnya, telefon pintar yang dilengkapi ciri khas ini amat dialu-alukan peminat setia jenama itu.

Apa komen anda?