TM jawab 3 isu, ini kenyataannya tanpa disunting

Share Button

Baru-baru ini, Telekom Malaysia Berhad menjawab pelbagai soalan yang diutarakan kerajaan dan pengguna berkenaan produk/perkhidmatan, teknologi, HARGA dan gangguan perkhidmatan. Bagi mengelakkan soal salah tafsir keterangan, TheSkop memaparkan kenyataan penuh TM yang dihantar melalui tanpa suntingan seperti di bawah.

 

Telekom Malaysia Berhad (TM) berterima kasih atas perkara-perkara yang diutarakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan akhbar yang mereka keluarkan hari ini.

 

Kami ingin menjelaskan perkara-perkara yang dinyatakan oleh MCMC, seperti berikut:

 

  1. Aduan berkenaan produk dan perkhidmatan TM

 

Kami ingin menyatakan bahawa TM komited untuk meningkatkan pengalaman pelanggan kami. Kami mempunyai proses di mana kami sentiasa berinteraksi dengan MCMC untuk kami kongsikan inisiatif-inisiatif pengalaman pelanggan.

 

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia serta MCMC kerana mengetengahkan isu yang dihadapi oleh para pelanggan kami. Kami di TM sentiasa prihatin dalam mendengar maklum balas daripada para pelanggan kami, serta pihak-pihak berkepentingan dan kami telahpun memberikan kenyataan sama ada secara individu di media sosial serta menerusi beberapa kenyataan media; yang terkini pada 16 Oktober (http://bit.ly/TMStatement16Oct) di mana kami telah menyatakan butiran perancangan kami dan perkembangannya.

 

Kami juga sentiasa berhubung dengan para pelanggan Streamyx kami melalui e-mel, panggilan dan SMS untuk memaklumkan mengenai naik taraf percuma terutamanya para pelanggan Streamyx di kawasan unifi, dan bagi yang berada di luar kawasan liputan unifi, naik taraf sehingga 8Mpbs atau penyelesaian jalur lebar tanpa wayar 4G LTE.

 

Sebelum ini, kami telah berkongsi perkembangan berkenaan aktiviti naik taraf pelanggan Streamyx yang sedang berjalan. Setakat ini, TM telah selesai menaik taraf lebih 50% daripada lebih 340,000 pelanggan Streamyx yang tinggal di kawasan liputan unifi kepada perkhidmatan unifi; pada harga yang sama dengan pelan langganan sedia ada mereka. Baki 170,000 pelanggan Streamyx yang masih belum menyertai komuniti unifi digalakkan agar mengambil peluang ini untuk mendapatkan naik taraf percuma. Kami menyasarkan untuk melengkapkan aktiviti naik taraf unifi ini menjelang Mac 2019.

 

Sementara itu, buat para pelanggan Streamyx yang tinggal di kawasan tanpa liputan unifi, kami komited untuk terus melabur dalam teknologi yang bersesuaian bagi membawakan sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi kepada mereka. Sementara itu, di kawasan yang tiada halangan teknologi, kami akan menggandakan kelajuan Streamyx pada harga yang sama dengan pelan jalur lebar sedia ada mereka, naik taraf sehingga 8Mbps atau menawarkan kepada mereka rumusan jalur lebar wayarles 4G LTE. Hampir 180,000 pelanggan Streamyx yang tinggal di kawasan-kawasan bukan unifi boleh menantikan naik taraf secara percuma ini. Kami menyasarkan untuk melengkapkan aktiviti naik taraf ini menjelang Disember 2018. Namun, untuk menaik taraf baki 500,000 pelanggan Streamyx, TM mempelawa pihak Kerajaan untuk berbincang bagi segera mencapai keputusan yang memberi manfaat bersama buat golongan pelanggan ini.

 

Para pelanggan Streamyx yang layak menerima naik taraf kepantasan akan terus dihubungi menerusi emel dan panggilan telefon. Kami menyeru para pelanggan agar mengemaskini butiran perhubungan mereka, iaitu nombor telefon dan alamat e-mel untuk memudahkan proses ini. Pengemaskinian itu boleh dilakukan menerusi laman web unifi atau aplikasi unifi care.

 

 

  1. Isu teknologi / harga

 

Kami ingin menyatakan bahawa TM telahpun membuat pelaburan secara berterusan untuk mempertingkatkan kedua-dua rangkaian fiber dan rangkaian tembaga (copper network) dari masa ke semasa, bagi menyediakan sambungan serta meningkatkan pengalaman pelanggan unifi dan juga Streamyx. Fokus utama adalah untuk memperluaskan liputan jalur lebar berkelajuan tinggi di Malaysia.

 

Selain itu, TM terus melabur dalam pelaksanaan rangkaian 4G LTE dan WiFi hotspot bagi melengkapi rangkaian talian tetapnya untuk penyediaan perkhidmatan jalur lebar di mana-mana sahaja, pada setiap masa menerusi [email protected], [email protected] dan [email protected] Liputan perkhidmatan 4G LTE TM pada masa ini telah melebihi 77% populasi isi rumah di kawasan bandar dan luar bandar; malah bersama-sama rakan kongsi kami, liputan tersebut menjadi lebih luas dengan 90% liputan perkhidmatan 3G. Bagi memberikan lebih kemudahan mobiliti, Syarikat turut mempertingkatkan liputan dan kualiti perkhidmatan WiFi dengan lebih 12,000 hotspot di seluruh negara setakat ini.

 

Kami juga telah menjelaskan berkenaan keterbatasan rangkaian tembaga (copper network) pada masa ini dan berikutan itu, kami sentiasa berbincang dengan pihak kerajaan, kementerian, pengawal selia dan pihak berkepentingan lain bagi menyelesaikan isu-isu legasi rangkaian tembaga yang dihadapi oleh para pelanggan Streamyx. Kami ingin menyatakan bahawa rangkaian tembaga merupakan rangkaian legasi dan sentiasa mengalami pelbagai cabaran, terutamanya keterbatasan dari segi teknologi. Keterbatasan ini lebih ketara untuk pelanggan Streamyx, di mana rangkaian tembaga hanya mampu memberikan kelajuan sehingga 8Mbps. Ia memerlukan penyelesaian yang lebih berbentuk jangka panjang dan lebih kekal, yang pastinya akan mengambil masa untuk dilaksanakan serta mempunyai implikasi kewangan yang ketara.

 

Kami mengharapkan pendekatan menang-menang secara kolaboratif dengan pihak Kerajaan dalam menangani cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelanggan Streamyx kami secara efektif, sehingga selesai. Bagi melaksanakannya, TM ingin mempercepatkan perbincangan dengan pihak MCMC bagi mencari pilihan kolaboratif berpotensi, pelbagai teknologi yang bersesuaian dengan tujuan ini serta mengoptimumkan mekanisme sedia ada dalam industri untuk membawakan pengalaman jalur lebar lebih baik ke seluruh negara.

 

  1. Gangguan perkhidmatan pada 18 November 2018

 

Kami telah mengeluarkan kenyataan kedua berkenaan gangguan perkhidmatan tersebut pada awal pagi ini; selepas makluman pertama dikeluarkan pada malam tadi. Kami ingin menjelaskan bahawa gangguan tersebut berlaku akibat beberapa insiden terputusnya kabel fiber berikutan kerja-kerja pembinaan oleh kontraktor pihak ketiga MRT di Sentul serta para kontraktor Sabak Bernam West Coast Expressway (WSE) di Sabak Bernam.

 

Pasukan teknikal kami telah memulakan kerja-kerja baik pulih sebaik sahaja menerima laporan kerosakan. Kami ingin memaklumkan bahawa biarpun kerja-kerja membaiki dan menggantikan kabel fiber yang putus masih berjalan, kami telah mengoptimumkan rangkaian dengan mengalihkan trafik dan perkhidmatan yang terjejas telah pulih sepenuhnya pada jam 10.00 pagi hari ini agar pengalaman internet kembali seperti biasa.

 

Sementara itu, kami telah membawa perkara ini kepada majlis perbandaran tempatan bagi mengelakkan perkara yang sama berulang dan kami sedang mengambil tindakan sewajarnya terhadap kontraktor-kontraktor tersebut.

 

TM menghargai kesabaran semua pelanggan kami berkenaan isu ini memandangkan perkara ini memerlukan penyelesaian jangka panjang dan mempunyai implikasi yang perlu diselesaikan di peringkat industri dan nasional.

 

Akhir sekali, kami akan terus memastikan bahawa pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan sentiasa dimaklumkan dari masa ke semasa tentang perkembangan usaha-usaha kami sama ada menerusi media sosial, media dan interaksi secara peribadi.

 

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan produk dan perkhidmatan kami, pelanggan boleh menghubungi kami menerusi Live Chat di aplikasi [email protected] atau unifi.com.my/chat, tweet kami di @helpmeunifi atau tinggalkan pesanan di facebook.com/weareunifi.

Comments

  1. Jeff

    Pihak kerajaan dan Mcmc seharusnya meneliti permasalahan sebenar yang melanda industri telekomunikasi Malaysia dan bukannya menuding jari 100% kepada TM sahaja.

    Ya memang sejak dahulu lagi kerajaan telah melaburkan dana bagi projek hsbb melalui TM namun adakah pihak Mcmc membuat pemantauan lanjut bagi memastikan keberkesanan projek tersebut ?

    Di negara2 maju pihak kerajaan melabur dan membina laluan tunjang infrastruktur telekomunikasi dan disewakan secara adil tanpa mengira syarikat penyedia telekomunikasi. Dengan ini syarikat syarikat ISP hanya perlu melabur bahagian last mile sahaja dengan kos rendah dan secara automatiknya dapat menyediakan broadband yang murah serta speed yang tinggi.

  2. Salasiah Sansuri

    Bgus kenyataan yg bernas dari TM …Staff2 TM semuanya berbakat n bekerja keras bgi memastikan pelanggan berpuas hati dgn talian komunikasi yg byk menolong urysan sehari2..

  3. Telekom sampah

    Reply telekom yang sangat sampah. Tak ada reasoning yang kukuh langsung. Semua nak elak jawapan betul. Sekarang ni ramai yang bayar harga mahal tapi tak dapat service yang memuaskan. Kau sembang kutuk customer yang bayar sampai RM199 sebulan untuk dapat speed internet yang tak sampai 10 mbps dan dalam masa yang sama telekom untung billion ringgit?

  4. Abjuda

    Persaingan dlm perniagaan tiada terbatas, Saya masih ingat bagaimana pada tahun 1996 Tan Sri Ani Arof yg mengendalikan TNB di sebotaj dgn letupan di pencawang eletrik akibatnya seluruh negara bergelap. Susulan drp itu harga unit eketrik terus meningkat dan pengusaha IPP mengaut keuntungan berlipat ganda.

Trackbacks

  1. […] TM memberi penjelasan tentang tiga isu utamanya Klik sini untuk baca , Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi kenyataan memberitahu sebagai […]

Apa komen anda?