Siri HUAWEI nova 3 capai Swafoto ‘Bersaiz Poster’

Share Button

Seperti model HUAWEI nova terdahulu, nova 3 direka dengan begitu cantik dan menyasarkan pengguna yang gemar merakam swafoto. Di negara ini, siri nova 3 sudahpun menjadi produk telefon pintar terlaris untuk tahun ini.

Apa itu Swafoto ‘Bersaiz Poster’? HUAWEI nova 3 mampu merakam swafoto cantik yang mampu dicetak dalam bentuk poster. Ini disebabkan ia hadir dengan dwi kamera beresolusi 24MP yang
dikuasakan oleh AI di hadapannya. Walaupun selepas swafoto itu dibesarkan, imej itu tetap kekal jelas dan tajam. Dengan berukuran 1.6 x 2m, kejelasan poster boleh dicapai sehingga 72 PPI.

Dwi kamera di hadapan yang dipertingkatkan dengan AI Nova 3 hadir dengan dua kamera 24MP + 2MP di hadapan yang dikuasakan oleh Kecerdasan Buatan (AI). Selain itu ia disokong oleh kualiti imej profesional ISP yang membolehkan peranti itu merakam imej dengan jelas. Dengan hanya menggunakan kamera hadapannya, resolusi foto boleh dicapai sehingga 4224 x 5632.

Peranti ini menggunakan cip pemproses Kirin 970 yang dilatih secara meluas menggunakan gambar profesional. Selepas ia memproses imej yang difokus oleh  kamera, peranti itu akan mencantikkan subjek terbabti dan juga pengoptimuman pada latar belakang.

HUAWEI nova 3 boleh mengenali lebih daripada 200 senario berbeza dari lapan kategori untuk kamera di hadapan termasuk langit biru, pantai, tanaman, malam, pertunjukkan pentas dan bunga.

Dengan sokongan untuk sistem pengurusan warna 3D LUT, nova 3 boleh mengawal keseluruhan tona warna dan meningkatkan ketepuan serta kecerahan foto menggunakan spektrum warna  penuh.

Di samping itu ia turut dilengkapi HDR Pro yang secara automatik mampu mengesan dan memberi efek terbaik untuk setiap imej yang dirakam. Imej HDR yang dirakam menggunakan nova 3 meningkatkan pencahayaan dan perincian di kawasan yang redup.

Swafoto menyeronokkan dengan QMOJI 3D. Sebagai tambahan kepada keriangan untuk mengambil swafoto HUAWEI nova 3 menampilkan ciri Qmojis 3D boleh menghasilkan pek emoji 3D atau video 3D dengan membaca ekspresi wajah melalui dwi kamera dan merakam suara melalui mikrofon. Hasilnya sangat menarik untuk dikongsi di media sosial.

HUAWEI nova 3 dan nova 3i masing-masing dijual dengan harga baru iaitu RM1,699 dan RM1,099. Ia boleh didapati di semua kedai dan laman web HUAWEI, pengedar yang sah dan rangkaian kedai telekomunikasi utama. Dengan setiap pembelian, penggunakan akan menerima kad Privilege nova VIP yang menawarkan hadian eksklusif dan baucer bernilai sehingga RM1,000.

 

 

Apa komen anda?