Shopee kini mempunyai 16 juta muat turun jadi ada tawaran khas 12 12 ini

Share Button

Dengan 16 juta muat turun aplikasinya setakat ini, Shopee terus kukuh sebagai destinasi membeli-belah ‘online’ pilihan rakyat Malaysia.

Dalam tempoh kurang tiga tahun sejak Shopee diperkenalkan pada 2015, lebih 600 jenama produk membabitkan 400,000 penjual aktif memasarkan barangan mereka di Shopee Market.

Pelbagai pilihan jenama ini berjaya menarik pertambahan bilangan pengguna  Shopee sebanyak 150% dalam masa setahun.

Bagi menghargai komuniti penjualnya, Shopee menganjurkan Anugerah Penjual Shopee 2018 yang diadakan di Hotel Grand Hyatt KL, baru-baru ini.

Sebanyak 14 anugerah disampaikan dalam kategori berbeza antaranya gaya hidup, telekomunikasi, fesyen dan elektronik.

Jenama Nestle terpilih sebagai penerima anugerah utama iaitu Penjual Terbaik 2018 dan Siti Nurhaliza for Simplysiti terpilih bagi kategori Anugerah Selebriti Pilihan Ramai di aplikasi Shopee.

Manakala diskaun sehingga 90% Shocking Sale menanti pembeli Shopee bermula sekarang sempena jualan sambutan ulang tahunnya, Shopee 12.12 Birthday Sale yang menawarkan promosi harian serta kos penghantaran percuma dengan pembelian serendah RM12.

Hadiah eksklusif, pulangan tunai sebanyak 120% setiap hari serta tawaran harian lain menanti anda.

Pelbagai pilihan jenama terkenal menyertai perayaan ini antaranya Philips, Fossil, MR DIY, Tefal, PetPet, Watson, L’Oreal Group dan banyak lagi.

 

Apa komen anda?